Blog ini telah di lahirkan untuk menjejaki rentetan perjalan kehidupan kami sebagai seorang IBU / EMAK / MAMA / MUMMY / UMIE / BONDA & ABI / ABAH / PAPA / DADDY / WALID / AYAHNDA kepada permata hati kami. Blog ini juga untuk di jadikan kenangan kepada permata hati kami untuk memahami suka duka perit pedih gembira bahagia tatkala membesarkan mereka. Harapan kami agar anda semua sudi berkongsi pengalaman / pendapat / buah fikiran / cadangan dan sebagainya dengan menitipkan sedikit nasihat bernas untuk permata hati kami di ruangan komen. Terima kasih dan semoga hidup anda di rahmati oleh-Nya. BUT AM NOT MOMMIES-TO-BE ! just wanna share the ILMU & Experienced from frens that I know serba sedikit. haha !

Fan Pages : HERNYZAR HELMIZAN

10 gejala dan tanda-tanda awal kehamilan

Di bawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tidak langsung. Namun, anda mungkin juga tidak mengandung walaupun anda mengalami sebahagian daripadanya.

10 gejala dan tanda-tanda awal kehamilan termasuk:


1) Kelewatan haid

tanda kehamilan haid lewat
Kelewatan haid merupakan salah satu tanda awal kehamilan yang paling umum. Jika kitar haid anda teratur, haid yang lambat lebih dari seminggu mungkin adalah satu tanda awal kehamilan. Oleh itu, anda harus melakukan ujian kencing kehamilan. Jika kitar haid anda tidak teratur, kemungkinan besar haid anda lewat akibat tekanan stress, cara pemakanan ataupun keletihan.

2) Loya dan muntah

tanda kehamilan loya dan muntah
Loya dan muntah juga dikenali sebagai morning sickness dimana ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Gejala ini berlaku disebabkan oleh perubahan hormon dalam darah terutama hormon hCG boleh menyebabkan rasa mual. Keloyaan biasanya terjadi pada trimester pertama kehamilan dan mula akan berhenti apabila anda masuk trimester kedua kehamilan. Anda mungkin meminati membaca tips untuk mengurangkan loya dan muntah.


3) Sakit dan tegang buah dada

tanda kehamilan sakit dan tegang buah dada
Salah satu tanda awal kehamilan perubahan fizikal ialah perubahan pada payudara anda. Anda boleh berasa sakit dan tegang pada payudara yang semakin membesar dan berat. Perubahan ini disebabkan oleh peningkatan tahap hormon estrogen dan progesterone. Payudara anda akan menjadi sensitif dan akan berasa sakit dan tegang apabila payuda dipegang.

4) Berasa letih dan mengantuk

tanda kehamilan letih dan mengantuk
Berasa letih dan mengantuk untuk ibu hamil disebabkan oleh perubahan hormon. Ia juga akibat dari kerja beberapa organ penting seperti buah pinggang, jantung, dan paru-paru yang semakin bertambah untuk ibu dan perkembangan bayi yang pesat dalam awal kandungan.

5) Sakit belakang

tanda kehamilan sakit belakang
Peningkatan hormon progesterone dalam tubuh badan ibu hamil dan jangkitan saluran kencing selama kehamilan boleh menyebabkan sakit belakang di kalangan ibu hamil.

6) Sakit kepala yang kerap dan muram

tanda kehamilan sakit kepala dan muram
Gangguan sakit kepala yang sering berlaku di kalangan ibu hamil disebabkan oleh rasa lelah, loya, muntah lapar dan tekanan darah rendah. Perubahan hormon di tubuh badan ibu hamil menyebabkan emosi ibu terganggu dan berasa muram.

7) Rasa kelaparan yang berpanjangan

tanda kehamilan kerap makan rasa lapar
Sesetengah ibu hamil rasa mual apabila mencium bau makanan tertentu. Akan tetapi, sesetengah ibu hamil sangat ingin makan makanan khusus tertentu dan berasa kelaparan yang berpanjangan. Ini disebabkan perubahan hormon dalam tubuh ibu hamil.

8) Perubahan warna pada sekeliling payudara

tanda kehamilan perubahan warna aveola buah dada
Puting susu anda akan semakin membesar dan warna pada sekeliling payudara akan semakin gelap. Kadang-kadang ia juga terasa gatal. Perubahan ini disebabkan oleh peningkatan tahap hormon estrogen dan progesterone.
 

9) Kekerapan kencing

tanda kehamilan kerap kencing
Perubahan hormon dalam darah menyebabkan sistem sirkulasi pendarahan dalam tubuh meningkat untuk perkembangan bayi yang pesat dalam kandungan. Oleh itu, buah pinggang anda bekerja lebih keras dan menghasilkan air kencing yang lebih banyak.

10) Ujian air kencing yang positif

tanda kehamilan ujian air kencing
Akhirnya, anda boleh menggunakan alat ujian kencing kehamilan (UPT) untuk mengesan kehamilan. Jika ia menunjukkan positif, jangan anda berasa gembira dahulu sebelum anda menjumpai doktor anda untuk menjalani ultrasound scan. Ini adalah memastikan kehamilan bukan kehamilan luar rahim ataupun kehamilan molar (anggur). Walaubagaimanapun, keputusan positif menunjukkan peluang kehamilan anda adalah sangat tinggi!
Video ini menunjukkan tanda-tanda awal kehamilan yang mungkin anda mengalami.

please STOP our lullaby melody to view this video
enjoy your pregnancy moment. big hugs form bonda

Cadangan Supplemen Untuk Ibu Hamil

as'salam ibu-ibu dan mummies semua.
sehatkah anda ? semoga sentiasa di bawah rahmatNya in-sya-Allah.
hari ni bonda nak share supplemen untuk ibu hamil ya.
walaupun bonda belom pernah pregnant, tapi bonda jadikan artikel ini sebagai rujukan bonda pada masa akan datang. dan semua isi kandung artikel bonda ambil dari pengalaman rakan-rakan juga sanak saudara yang ambil supplemen shaklee ini. jom kita tengok apa supplemen untuk ibu mengandung.



TRIMESTER 1
Apa yang terkandung dalam set ini?

B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

Ostematrix : kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan Kalsium turut membantu dalam pelawasan dan juga penyusuan susu ibu. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.

Vita-lea Iron formula : Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.

Vitamin C : membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh


bagi set Trimester 2 dan 3 ini cuma tambahkan:

Omega Guard : membantu perkembangan otak bayi. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

ibu-ibu yang sedang hamil boleh lah cuba amik supplemen dari Shaklee.
Supplemen Shaklee ni adalah dari bahan semulajadi.
maksudnya natural supplemen lah. bkn seperti sintetik supplemen yang menggunakan bahan kimia.
apa-apa pun persediaan ibu menghadapi kehamilan ada lah sesuatu yang perlu di titik beratkan di samping mempunyai tubuh badan yang sehat malah baby juga sehat. in-sya-Allah.
kuasa penyembuhan adalah dari Allah swt.

Wallahu’alam bissawab.
Dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya.
Kita hanya mampu berusaha berdoa dan bertawakal.
selamat untuk semua ibu-ibu ya. XOXO~!!!

Enam (6) Sebab Untungnya Wanita Mempunyai Rahim

as'salam sahabat bonda semua.
apa khabar ? dah lama tak up entry kan ?
hari ni bonda kongsikan sesuatu yang menarik kepunyaan wanita.
insyaAllah smga ilmu ini memberi manfaat kepada semua wanita di luar sana.

1. Dia bekerja dengan Allah untuk jadi ‘kilang’ manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.

 2. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang. Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

 3. Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya.. lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.

 4. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami : Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

 5. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala tambahan yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala tambahan ini. 

6. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung di tambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.

sesuatu yang menarik untuk perkongsian ibu-ibu dan isteri-isteri.
untuk peringatan diri sendiri juga untuk semua wanita di luar sana.
bersama kita beramal insyaAllah.

Doa Agar Anak Dalam Kandungan Terpelihara


"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku,sihatkanlah ia,Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu,penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.


"Ya Allah rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan Rasul-Mu

 "Ya Allah keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sempurna dan sihat yang sempurna berakal dan pandai,alim dan beramal."

"Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Tuhan semesta alam" Aamiin.

perkongsian sebuah doa untuk di amalkan.
semoga ia memberi manfaat kepada ibu-ibu di luar sana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...