Blog ini telah di lahirkan untuk menjejaki rentetan perjalan kehidupan kami sebagai seorang IBU / EMAK / MAMA / MUMMY / UMIE / BONDA & ABI / ABAH / PAPA / DADDY / WALID / AYAHNDA kepada permata hati kami. Blog ini juga untuk di jadikan kenangan kepada permata hati kami untuk memahami suka duka perit pedih gembira bahagia tatkala membesarkan mereka. Harapan kami agar anda semua sudi berkongsi pengalaman / pendapat / buah fikiran / cadangan dan sebagainya dengan menitipkan sedikit nasihat bernas untuk permata hati kami di ruangan komen. Terima kasih dan semoga hidup anda di rahmati oleh-Nya. BUT AM NOT MOMMIES-TO-BE ! just wanna share the ILMU & Experienced from frens that I know serba sedikit. haha !

Fan Pages : HERNYZAR HELMIZAN

Azoospermia

as'salam dan salam sejahtera.
para pembaca blog ibu-ibu. hehe.

hari ni bonda ada terbaca satu artikel berkenaan tentang kesuburan. tipikal malay biasanya akan menyalahkan wanita jika mereka tidak hamil. tapi mereka lupa ketidaksuburan juga ada pada lelaki.

wanita sering dikaitkan dan disalahkan jika tidak hamil setelah beberapa ketika berkahwin. apabila berjumpa kebanyakkannya hanya wanita yang menjalani ujian kesuburan. dan jika berjumpa doktor biasa akan memberi ubat subur untuk pasangan wanita sebagai penggalak kesuburan. di mana ubat subur yang di berikan untuk kes wanita yang tidak mengeluarkan telur secara teratur. bukan itu sahaja malah doktor masih perlu membuat beberapa ujian terhadap wanita.

tapi untuk kaum lelaki, mereka juga perlu menjalani ujian kesuburan. pendapat peribadi bonda, kaum suami / lelaki juga perlu menjalani ujian kesuburan iaitu ujian analisa air mani. mengikut fakta hampir 40% dari punca tidak subur adalah disebabkan oleh masalah pada lelaki. masih ada peratusannya pada lelaki bukan?

Apa itu azoospermia?

Tiada sperma atau dalam istilah perubatan adalah azoospermia. ia merupakan ujian analisa ke atas air mani.
dimana ia dikaitkan dengan tahap kesuburan dan kemandulan. Dari ujian analisa air mani kita dapat menentukan samada ianya normal, kurang atau tiada benih.

gambar diatas menunjukkan kiraan normal dan kurang sperma.

semasa bonda menjalani praktikal di HTAR, Klang bonda berkesempatan untuk menjalankan ujian analisa saringan air mani untuk beberapa orang pesakit. di mana bonda perlu mentafsir air mani bagi mereka yang tidak mempunyai anak setelah beberapa tahun perkahwinan. itu satu pengalaman yang tidak dapat bonda lupakan. pelbagai bentuk fizikal (likat & cair) / warna / bau air mani yang bonda temui. paling menyedihkan apabila mendapati air mani kekurangan sperma, sperma bergumpal sprti gugusan buah anggur, sperma lemah tidak dapat berenang dan sebagainya. banyak faktor yang mempengaruh kesuburan sperma. terutama sekali pemakanan dan gaya hidup.

itu ujian analisa ke atas air mani, namun masih terdapat beberapa kes ketidaksuburan bagi lelaki. contohnya seperti sperma yang terkumpul dalam pundi kencing (retrograde ejaculation). untuk kes sebegini perlu menjalani pembedahan kecil pada kantung zakar (PESA / TESE).


PESA (Percutaneous Epididymal Sperm Aspiration) and TESE (TEsticular Sperm Extraction) adalah prosedur untuk mendapatkan sperma yang dihalang dari meninggalkan kawasan testis. Ini yang dikatakan tidak mempunyai sebarang sperma dalam air mani. Jika tiada sperma, tisu testis akan diambil sedikit untuk mengenalpasti kehadiran spermatozoa matang.

terdapat juga ketidaksuburan lelaki berpunca dari kedudukan testi dan zakar yang tidak pada kantungnya. ini dipanggil Undecsended Testis dimana kedua-kedua kelenjar testis boleh dirasai pada bahagian pangkal paha atau lebih tepat, inguinal.

gambarajah di atas merupakan kedudukan testis yang bukan pada kedudukannya.

dengan ujian ultrasound dapat mengesan kehadiran kelenjar yang menyerupai testis pada bahagian inguinal. manakala ujian hormon menunjukkan nilai FSH dan LH yang sangat tinggi (>40 miu/ml). Dalam keadaan seperti ini di mana testis atau zakar tidak berada di tempatnya testis akan terdedah kepada suhu badan yang tinggi dan akan mengalami kegagalan. dengan erti kata lain adalah mandul.

walauapapun berita yang kita dapat.
kita kembali kepada Allah taala.
dimana setiap apa yang berlaku itu adalah ketentuan dariNya.
kita sebagai hambaNya hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal.
seterusnya kita berserah kepada Yang Maha Esa.

وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ
"Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku" - [As-Syu'ara':80]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...