Blog ini telah di lahirkan untuk menjejaki rentetan perjalan kehidupan kami sebagai seorang IBU / EMAK / MAMA / MUMMY / UMIE / BONDA & ABI / ABAH / PAPA / DADDY / WALID / AYAHNDA kepada permata hati kami. Blog ini juga untuk di jadikan kenangan kepada permata hati kami untuk memahami suka duka perit pedih gembira bahagia tatkala membesarkan mereka. Harapan kami agar anda semua sudi berkongsi pengalaman / pendapat / buah fikiran / cadangan dan sebagainya dengan menitipkan sedikit nasihat bernas untuk permata hati kami di ruangan komen. Terima kasih dan semoga hidup anda di rahmati oleh-Nya. BUT AM NOT MOMMIES-TO-BE ! just wanna share the ILMU & Experienced from frens that I know serba sedikit. haha !

Fan Pages : HERNYZAR HELMIZAN

Petua mudah mengandung


as'salam ibu ibu.
apa khabar semuanya?
bonda sehat alhamdulillah.
skng sibuk menjaga anak buah.
*anak sendiri bila lagi*
bhuahahhaaa.. doakan untuk bonda ya.

oke disini bonda nk kongsikan bersama tips mudah mengandung.
info ini diambil di FB. jd bonda kongsikan di blog.
agar mudah utk mereka penggemar membaca blog.
boleh gitu? ok jom baca.


Khusus buat kawan² yang masih belum dikurniakan zuriat...

Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.
Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.

Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. 
Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

Kata ustaz tadi, setakat ni, feedback yang dia terima, kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.

Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...

Sekian, sekadar berkongsi maklumat dan info untuk membantu kawan-kawan yang lain.

* Harap di share kan dengan kawan-kawan lain yang ada masalah susah mengandung yer. Moga ada manfaatnya. Semoga berjaya.

Sunnah Rasulullah SAW dalam menyambut kelahiran bayi

as'salam dan salam sejahtera para ibu.
disini ingin bonda kongsikan video dari Islamin Parenting Network
untuk di jadikan panduan kita bersama.
in-sya-Allah

mohon para pembaca semua pause / stop melody lullabies terlebih dahulu. terima kasih.



di sini bonda senaraikan sunnah Rasulullah SAW dalam menyambuk kelahitan bayi.


1. Mengazankan bayi
- bagi memperdengarkan kepada bayi zikrullah Allah SWT supaya ia menjadi pelindungnya daripada syaitan yang direjam
- azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri bayi

2. Bertahnik
- seeloknya di lakukan dengan buah kurma atau rutob (kurma muda) atau madu

3. Menamakan bayi
- menamakan bayi pada hari ke-7 selepas kelahirannya

4. Bercukur
- disunatkan pada harike-7 kelahiran bayi dicukur kepalanya sehingga habis

5. Menderma berdasarkan berat rambut bayi
- Menimbang rambut bayi yang dicukur itu kemudian mendermakan perak dengan timbangan tersebut. Namun, ulamak menyatakan jika hendak didermakan dalam bentuk emas maka ia lebih baik untuk muslimin dan fakir miskin.

6. Aqiqah
- 2 ekor kambing untuk lelaki dan seekor kambing untuk perempuan
- wajid menghadiri jemputan aqiqah bagi menunjukkan rasa syukur dan gembira dengan kelahiran bayi tersebut.

7. Berkhatan
- wajib bagi anak lelaki dan digalakkan bagi anak perempuan

8. Keinginan untuk menyampaikan berita gembira dan mengucapkan tahniah
- sunat untuk mendoakan "Moga Allah berkatimu dengan pemberiaNya, semoga kau beryukur kepadaNya, semoga Allah kurniakan mu keberkatan dan petunjuk dariNya"


bersama kita amalkan sunnah Rasulullah SAW untuk kesejahteraan kehidupan bersama. in-sya-Allah.
semoga ilmu dapat dikongsikan bersama kepada para pembaca diluarsana. Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...