Blog ini telah di lahirkan untuk menjejaki rentetan perjalan kehidupan kami sebagai seorang IBU / EMAK / MAMA / MUMMY / UMIE / BONDA & ABI / ABAH / PAPA / DADDY / WALID / AYAHNDA kepada permata hati kami. Blog ini juga untuk di jadikan kenangan kepada permata hati kami untuk memahami suka duka perit pedih gembira bahagia tatkala membesarkan mereka. Harapan kami agar anda semua sudi berkongsi pengalaman / pendapat / buah fikiran / cadangan dan sebagainya dengan menitipkan sedikit nasihat bernas untuk permata hati kami di ruangan komen. Terima kasih dan semoga hidup anda di rahmati oleh-Nya. BUT AM NOT MOMMIES-TO-BE ! just wanna share the ILMU & Experienced from frens that I know serba sedikit. haha !

Fan Pages : HERNYZAR HELMIZAN

BERPUASA KETIKA HAMIL

as'salam dan salam sejahtera utk semua ibu-ibu
dah lama kan bonda tak update blog ni.
maaf agak sibuk sedikit. hehe.

sibuk main dengan anak-anak.
eh? anak buah lah.
oke hari ni bonda nak share tips berpuasa kita hamil.

SELAMAT BERPUASA SEMUA!


Apakah cara terbaik untuk bebuka puasa?

• pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.

• pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma dan kekacang untuk berbuka puasa.

• elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.

• pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.

• minum air yang banyak pada waktu malam. anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan ramadan.

======
hubungi doktor anda jika:
======

• anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.

• anda loya atau mula muntah.

• terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.

• anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.

• anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.

• berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.

• anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.

Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil?

• Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:

• Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.

• Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.

• Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.

• Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.

• Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka. Dapatkan tip-tip lanjut tentang makanan untuk berbuka dan sahur.

• Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin akan berjaga malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan kali ini dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin.

ini merupakan cadangan supplement utk ibu hamil yang berpuasa


SET MIGHTY 3 GEM
(ESP, Mealshakes & Performance Drink)

ESP
Protein shake untuk kekal bertenaga, dan juga milk booster.

MealShakes
Sumber protein kaya vitamin dan mineral. Ia diperlukan untuk tumbesaran dan perlindungan badan yang baik. Selain itu, ianya hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan. Ia juga rendah kolestrol, lemak dan sodium.

Performance Drink
Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh dan justeru itu dapat mengelakkan dehidrasi.
Bagi ibu hamil & menyusukan, sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.

*NOTA! Performance Drink mengandungi kuantiti gula yang rendah berbanding minuman isotonik di pasaran, dan ia tidak berkarbonat.




SET MENYUSU PREMIUM
(Vitalea, Chewable C, B Complex, Ostematrix, Alfalfa dan ESP)

Vitalea
Multivitamin untuk memastikan ibu sesihat-sihatnya untuk menempuhi cabaran berpuasa

Chewable C
Untuk meningkat sistem imun ketika puasa

B Complex
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap (8 jenis vitamin B) bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. Asid folik dan B12 penting bagi wanita
hamil dan wanita-wanita dalam mengawal emotional stress-level.

Ostematrix
Kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi
Dan magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik

Alfalfa
Alfalfa Shaklee mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. (Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini) Juga dikenali milk booster hebat.

ESP
Sumber tenaga ibu-ibu, dan satu lagi milk booster yang unggul. 

bonda doakan moga ibu-ibu hamil diluar sana dapat menjalani ibadah puasa. jika tidak mampu jangan mudaratkan diri dengan memaksa untuk berpuasa. nanti lepas bersalin boleh ganti puasakan.
SELAMAT BERPUASA SEMUA!

Petua mudah mengandung


as'salam ibu ibu.
apa khabar semuanya?
bonda sehat alhamdulillah.
skng sibuk menjaga anak buah.
*anak sendiri bila lagi*
bhuahahhaaa.. doakan untuk bonda ya.

oke disini bonda nk kongsikan bersama tips mudah mengandung.
info ini diambil di FB. jd bonda kongsikan di blog.
agar mudah utk mereka penggemar membaca blog.
boleh gitu? ok jom baca.


Khusus buat kawan² yang masih belum dikurniakan zuriat...

Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.
Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.

Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. 
Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

Kata ustaz tadi, setakat ni, feedback yang dia terima, kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.

Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...

Sekian, sekadar berkongsi maklumat dan info untuk membantu kawan-kawan yang lain.

* Harap di share kan dengan kawan-kawan lain yang ada masalah susah mengandung yer. Moga ada manfaatnya. Semoga berjaya.

Sunnah Rasulullah SAW dalam menyambut kelahiran bayi

as'salam dan salam sejahtera para ibu.
disini ingin bonda kongsikan video dari Islamin Parenting Network
untuk di jadikan panduan kita bersama.
in-sya-Allah

mohon para pembaca semua pause / stop melody lullabies terlebih dahulu. terima kasih.



di sini bonda senaraikan sunnah Rasulullah SAW dalam menyambuk kelahitan bayi.


1. Mengazankan bayi
- bagi memperdengarkan kepada bayi zikrullah Allah SWT supaya ia menjadi pelindungnya daripada syaitan yang direjam
- azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri bayi

2. Bertahnik
- seeloknya di lakukan dengan buah kurma atau rutob (kurma muda) atau madu

3. Menamakan bayi
- menamakan bayi pada hari ke-7 selepas kelahirannya

4. Bercukur
- disunatkan pada harike-7 kelahiran bayi dicukur kepalanya sehingga habis

5. Menderma berdasarkan berat rambut bayi
- Menimbang rambut bayi yang dicukur itu kemudian mendermakan perak dengan timbangan tersebut. Namun, ulamak menyatakan jika hendak didermakan dalam bentuk emas maka ia lebih baik untuk muslimin dan fakir miskin.

6. Aqiqah
- 2 ekor kambing untuk lelaki dan seekor kambing untuk perempuan
- wajid menghadiri jemputan aqiqah bagi menunjukkan rasa syukur dan gembira dengan kelahiran bayi tersebut.

7. Berkhatan
- wajib bagi anak lelaki dan digalakkan bagi anak perempuan

8. Keinginan untuk menyampaikan berita gembira dan mengucapkan tahniah
- sunat untuk mendoakan "Moga Allah berkatimu dengan pemberiaNya, semoga kau beryukur kepadaNya, semoga Allah kurniakan mu keberkatan dan petunjuk dariNya"


bersama kita amalkan sunnah Rasulullah SAW untuk kesejahteraan kehidupan bersama. in-sya-Allah.
semoga ilmu dapat dikongsikan bersama kepada para pembaca diluarsana. Wassalam.

Set Berpantang Shaklee


as'salam dan salam sejahtera.
kawan kawan bonda. ibu-ibu, mak-mak dan mama-mama.
apa khabar? bonda harap semuanya sehat.
lama bonda menyepi diri. agak sibuk sedikit.
tp masih cuba utk berkongsi ilmu dengan bakal ibu dan ibu-ibu di luar sana.
hari ni bonda nak share tentang Set Berpantang dari Shaklee.


 ini adalah set berpantang dari Shaklee.
jom kita tengok kebaikkan Set Berpantang dari Shaklee ini.


VITA LEA WITH IRON FORMULA

* Ibu yang sedang berpantang di galakkan mengambil Vita Lea sebab semasa dalam pantang banyak makanan yang kita tidak boleh makan, oleh itu, tenaga kita akan berkurang.
* Ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin, oleh itu ibu perlu mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat bagi menggantikan semula darah yang hilang.
* Mengandungi zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.
* Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu pucat, letih dan lesu serta tidak bermaya.
* Kalau nak breastfeeding baby, pengambilan zat besi adalah sangat penting.
* Vita Lea tak boleh di ambil dgn minuman bersusu kerana ia akan mengurangkan efisinsi penyerapan zat besi oleh badan.


B COMPLEX

* Membantu menstabilkan hormon badan kita
* Jika kurang B complex boleh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi..
* Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.
* Menukarkan makanan kpd tenaga






ZINC COMPLEX

* Ibu2 yg xmakan ikan haruan atau pati ikan haruan zinc complex adalah pengganti yang tepat kepada makanan tersebut.
* Galian yang sangat penting dlm membantu proses pemulihan.
* Membantu proses baik luka dalam badan kita terutama luka dalaman (rahim).
* Pengambilan zink bagi ibu yg menyusu akan membantu anak yg disusukan membesar dengan baik.
* Mengurangkan masalah rambut gugur
* Membantu masalah KEDINGINAN selepas bersalin.


VITA C

* Berkonsepkan pelepasan masa.
* Ia melepaskan Vitamin C secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan dan demi memastikan badan kita sentiasa cukup Vitamin C dalam meningkatkan antibodi secara konsisten.
* Vita C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.
* Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.
* Memperbaiki tisu sel yg rosak semasa bersalin.


selain daripada Set Berpantang diatas, ibu-ibu boleh juga menambah supplement seperti ESP dan Omega Guard untuk penambahan susu semasa menyusukan bayi anda.


Energizing Soy Protein (ESP)

Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy.  Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.

OsteMatrix

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.





ini adalah perkongsian dari bonda.
terpulang kepada ibu-ibu untuk mengambil supplement ini atau tidak.
cuma ini adalah pemerhatian dari keluarga yang mengamalkan dan
pengalaman dari sahabat handai. moga-moga ia dapat membantu para ibu diluar sana. in-sya-Allah.

Azoospermia

as'salam dan salam sejahtera.
para pembaca blog ibu-ibu. hehe.

hari ni bonda ada terbaca satu artikel berkenaan tentang kesuburan. tipikal malay biasanya akan menyalahkan wanita jika mereka tidak hamil. tapi mereka lupa ketidaksuburan juga ada pada lelaki.

wanita sering dikaitkan dan disalahkan jika tidak hamil setelah beberapa ketika berkahwin. apabila berjumpa kebanyakkannya hanya wanita yang menjalani ujian kesuburan. dan jika berjumpa doktor biasa akan memberi ubat subur untuk pasangan wanita sebagai penggalak kesuburan. di mana ubat subur yang di berikan untuk kes wanita yang tidak mengeluarkan telur secara teratur. bukan itu sahaja malah doktor masih perlu membuat beberapa ujian terhadap wanita.

tapi untuk kaum lelaki, mereka juga perlu menjalani ujian kesuburan. pendapat peribadi bonda, kaum suami / lelaki juga perlu menjalani ujian kesuburan iaitu ujian analisa air mani. mengikut fakta hampir 40% dari punca tidak subur adalah disebabkan oleh masalah pada lelaki. masih ada peratusannya pada lelaki bukan?

Apa itu azoospermia?

Tiada sperma atau dalam istilah perubatan adalah azoospermia. ia merupakan ujian analisa ke atas air mani.
dimana ia dikaitkan dengan tahap kesuburan dan kemandulan. Dari ujian analisa air mani kita dapat menentukan samada ianya normal, kurang atau tiada benih.

gambar diatas menunjukkan kiraan normal dan kurang sperma.

semasa bonda menjalani praktikal di HTAR, Klang bonda berkesempatan untuk menjalankan ujian analisa saringan air mani untuk beberapa orang pesakit. di mana bonda perlu mentafsir air mani bagi mereka yang tidak mempunyai anak setelah beberapa tahun perkahwinan. itu satu pengalaman yang tidak dapat bonda lupakan. pelbagai bentuk fizikal (likat & cair) / warna / bau air mani yang bonda temui. paling menyedihkan apabila mendapati air mani kekurangan sperma, sperma bergumpal sprti gugusan buah anggur, sperma lemah tidak dapat berenang dan sebagainya. banyak faktor yang mempengaruh kesuburan sperma. terutama sekali pemakanan dan gaya hidup.

itu ujian analisa ke atas air mani, namun masih terdapat beberapa kes ketidaksuburan bagi lelaki. contohnya seperti sperma yang terkumpul dalam pundi kencing (retrograde ejaculation). untuk kes sebegini perlu menjalani pembedahan kecil pada kantung zakar (PESA / TESE).


PESA (Percutaneous Epididymal Sperm Aspiration) and TESE (TEsticular Sperm Extraction) adalah prosedur untuk mendapatkan sperma yang dihalang dari meninggalkan kawasan testis. Ini yang dikatakan tidak mempunyai sebarang sperma dalam air mani. Jika tiada sperma, tisu testis akan diambil sedikit untuk mengenalpasti kehadiran spermatozoa matang.

terdapat juga ketidaksuburan lelaki berpunca dari kedudukan testi dan zakar yang tidak pada kantungnya. ini dipanggil Undecsended Testis dimana kedua-kedua kelenjar testis boleh dirasai pada bahagian pangkal paha atau lebih tepat, inguinal.

gambarajah di atas merupakan kedudukan testis yang bukan pada kedudukannya.

dengan ujian ultrasound dapat mengesan kehadiran kelenjar yang menyerupai testis pada bahagian inguinal. manakala ujian hormon menunjukkan nilai FSH dan LH yang sangat tinggi (>40 miu/ml). Dalam keadaan seperti ini di mana testis atau zakar tidak berada di tempatnya testis akan terdedah kepada suhu badan yang tinggi dan akan mengalami kegagalan. dengan erti kata lain adalah mandul.

walauapapun berita yang kita dapat.
kita kembali kepada Allah taala.
dimana setiap apa yang berlaku itu adalah ketentuan dariNya.
kita sebagai hambaNya hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal.
seterusnya kita berserah kepada Yang Maha Esa.

وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ
"Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku" - [As-Syu'ara':80]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...