Blog ini telah di lahirkan untuk menjejaki rentetan perjalan kehidupan kami sebagai seorang IBU / EMAK / MAMA / MUMMY / UMIE / BONDA & ABI / ABAH / PAPA / DADDY / WALID / AYAHNDA kepada permata hati kami. Blog ini juga untuk di jadikan kenangan kepada permata hati kami untuk memahami suka duka perit pedih gembira bahagia tatkala membesarkan mereka. Harapan kami agar anda semua sudi berkongsi pengalaman / pendapat / buah fikiran / cadangan dan sebagainya dengan menitipkan sedikit nasihat bernas untuk permata hati kami di ruangan komen. Terima kasih dan semoga hidup anda di rahmati oleh-Nya. BUT AM NOT MOMMIES-TO-BE ! just wanna share the ILMU & Experienced from frens that I know serba sedikit. haha !

Fan Pages : HERNYZAR HELMIZAN

♥ ILMU : Simptom kehamilan yang tidak boleh anda abaikan ♥

As'salam dan Salam Sejahtera
kawan kawan bonda / anak anak bonda 
semoga berada dalam keadaan sihat dan ceria.

topik hari ini adalah..

SIMPTOM KEHAMILAN YANG TIDAK BOLEH ANDA ABAIKAN.

ilmu hari ini bagi bonda sgt penting bagi ibu ibu yang first time preggy.
mcm bonda toksah la tanya. bonda sendiri masih menuntut ilmu.
penting untuk peringatan kepada diri sendiri dan berkongsi bersama teman teman.



Berikut adalah simptom yang perlu anda risaukan. Jika anda sedang mengalami satu-satu daripada masalah berikut, hubungilah doktor anda dengan segera !!!

Anda rasa "tidak begitu sihat"
Jika anda tidak pasti mengenai satu simptom, tidak berasa seperti biasa atau berasa tidak selesa, percayalah dengan perasaan anda dan hubungi doktor anda. Jika terdapat masalah, anda akan dirawat dengan segera. Jika tiada masalah, anda akan berasa lega.

Doktor anda menjangkakan panggilan seperti ini dan akan sedia memberikan nasihat kepada anda. Badan anda berubah dengan cepat dan kadang-kala ianya sukar untuk mengetahui sama ada apa yang anda rasa adalah "normal" atau tidak.

Sakit di bahagian tengah abdomen
Sakit di atas-tengah abdomen yang teruk dan seperti menyucuk, dengan, atau tanpa, loya atau muntah adalah petanda beberapa keadaan. Ia menunjukkan samada:
  • ketakcernaan yang teruk;
  • virus dalam perut;
  • keracunan makanan.

Ia mungkin juga pra-eklampsia, satu keadaan serius yang memerlukan rawatan segera.

Sakit bahagian bawah abdomen
Sakit yang teruk di satu sisi atau kedua-dua sisi, atau di perut adalah petanda beberapa keadaan. Anda mungkin mengalami ligamen terkoyak/tertarik atau mungkin ia:
  • tanda kehamilan ektopik;
  • keguguran;
  • pelahiran pramatang;
  • fibroid yang merosot dan berdarah ATAU 
  • koyakan plasenta.


Demam
Jika suhu anda melebihi 37.5 darjah C, tetapi tanpa simptom flu atau selesema, hubungi doktor anda pada hari yang sama.

Jika suhu melebihi 39 darjah C, hubungi doktor anda dengan segera. Anda mungkin mempunyai jangkitan. Doktor anda akan memberikan anda antibiotik dan menasihatkan anda supaya berehat. Jika suhu anda melebihi 39 darjah C bagi jangka masa yang lama, ia akan membahayakan bayi dalam kandungan.

Gangguan penglihatan
Jika anda mengalami penglihatan berganda, kabur, malap, titik atau cahaya silau yang berlaku lebih dari dua jam, panggil doktor anda. Simptom-simptom ini adalah tanda-tanda pra-eklampsia.

Bengkak tangan, muka dan mata
Ramai ibu mengandung akan mengalami bengkak semasa kehamilan dan dalam kebanyakan kes, ini tidak perlu dirisaukan. Tetapi, jika simptom ini teruk atau berlaku tiba-tiba dan disertai dengan sakit kepala atau gangguan penglihatan, ia mungkin simptom pra-eklampsia.

Sakit kepala yang teruk dan berkekalan
Jika anda mengalami sakit kepala yang lebih dari dua atau tiga jam, bersama dengan gangguan penglihatan dan bengkak yang tiba-tiba pada tangan, muka dan mata anda, anda mungkin mempunyai pra-eklampsia.

Pendarahan vagina yang sedikit atau banyak
Pendarahan sedikit tanpa kesakitan mungkin tanda normal proses pelekatan apabila embrio melekat pada uterus di awal kehamilan atau pendarahan menunjukkan kejayaan menjadi hamil. Tetapi anda perlu hubungi doktor anda jika anda mengalami pendarahan semasa kehamilan kerana ini boleh menunjukkan komplikasi yang serius:
  • Pendarahan yang berbeza daripada normal haid anda (lebih banyak atau sedikit dan berwarna lebih gelap) bersama kesakitan teruk di satu sisi pada abdomen boleh menjadi tanda kehamilan ektopik.
  • Pendarahan yang banyak, terutamanya apabila bersama sakit belakang atau abdomen, boleh dikaitkan dengan keguguran yang sebenar atau berpotensi.


Dalam peringkat akhir kehamilan, pendarahan menunjukkan plasenta praevia, koyakan plasenta yang berlaku apabila plasenta mula berpisah dengan dinding uterus atau kelahiran pramatang (perlahiran yang bermula sebelum minggu ke-37).

Rembesan cecair dari vagina
Rembesan cecair dari vagina sebelum minggu ke-37 bermakna membran anda telah pecah awal. Doktor anda akan memasukkan anda ke hospital supaya anda boleh mendapatkan rawatan untuk mencegah jangkitan dan membuat persediaan untuk kelahiran pramatang.

Selepas 37 minggu, anda mungkin akan mula proses pelahiran. Hubungi doktor anda untuk berbincang mengenai pilihan anda jika perlahiran tidak bermula dalam 24 jam.

Peningkatan rasa dahaga
Jika anda tiba-tiba dahaga tetapi kurang kencing, ini mungkin tanda penyahhidratan atau diabetis kehamilan (atau diabetis gestasi). Keduanya meningkatkan risiko komplikasi bagi anda dan bayi anda.

Sakit semasa pengencingan
Sakit semasa pengencingan diikuti dengan suhu tinggi, menggigil dan sakit belakang mungkin tanda-tanda jangkitan saluran urin. Jumpalah doktor. Dia akan merawat dengan antibiotik.

Muntah yang teruk
Muntah lebih daripada dua hingga tiga kali sehari akan menyahhidratkan dan melemahkan anda tanpa membahayakan bayi anda. Anda perlu hubungi dengan doktor anda jika anda mengalami muntah yang teruk dan berterusan (hiperemesis gravidum) kerana mungkin anda perlu dimasukkan ke hospital.

Muntah yang bermula di peringkat akhir kehamilan dan diikuti dengan sakit di bawah tulang rusuk adalah tanda pra-eklampsia. Jika anda muntah diikuti dengan kesakitan dan suhu yang tinggi ia mungkin disebabkan oleh jangkitan. Dalam kedua kes, hubungi doktor anda.

Pengsan atau pening
Ini mungkin tanda yang anda tidak cukup makan pada hari itu tetapi ia juga bermakna anda mungkin mempunyai tekanan darah rendah. Ramai wanita berasa pening-pening lalat semasa kehamilan. Jika pengsan, hubungi doktor anda untuk memastikan tiada masalah.

Pergerakan bayi semakin perlahan
Tiada pergerakan atau pergerakan bayi anda perlahan lebih daripada 24 jam selepas minggu ke-21 mungkin petanda yang bayi anda tertekan. Jika anda sedar bahawa bayi anda kurang bergerak daripada biasa, hubungi doktor anda. (Baca lebih lanjut mengenai pergerakan bayi anda, termasuk bila perlu meminta bantuan - coming soon).

Kegatalan seluruh badan pada peringkat akhir kehamilan
Simptom-simptom ini menunjukkan masalah berkaitan hati seperti obstetrik kolestasis. Jika anda mengalami obstetrik kolestasis, anda mungkin juga mengalami jaundis, dengan urin berwarna gelap dan najis yang pucat.

Kegatalan adalah normal kerana kulit anda meregang untuk menyesuaikan keadaan dengan bayi anda yang sedang membesar, tetapi lebih baik jika anda membuat pemeriksaan, terutamanya jika kegatalan itu teruk pada waktu malam dan melibatkan tapak kaki dan tangan anda.

Anda jatuh atau terhentak pada perut
Jatuh tidak selalunya membawa bahaya, tetapi hubungi doktor anda pada hari yang sama dan jelaskan apa yang berlaku. Jika anda tergelincir di tangga dan tulang punggung anda tercedera, anda tidak perlu risau. Bayi anda selamat dilindungi oleh uterus dan cecair amnion.

Walau bagaimanapun, komplikasi mungkin berlaku dalam sesetengah kes. Jika anda mengalami kontraksi, rembesan cecair atau sebarang pendarahan, hubungi doktor anda dengan segera atau pergi ke hospital terdekat.

oke itu sahaja utk hari ini.
bonda akan update lg pada masa akan datang.
bonda doakan moga ibu ibu di luar sana sentiasa berhati hati dan sihat hendaknya.
insyaAllah. salam sayang dari 

♥ TIPS : Untuk Mendapatkan Anak Kembar ♥

As'salam dan salam sejahtera.
apa khabar ibu ibu / emak emak / umi / mama mummy ?
harap sehatlah hendaknya dan sentiasa berada di bawah lindunganNya.

hari ni bonda nk share tips untuk mendapatkan anak kembar.
suka x ? mesti suka punya. sapa x nak anak kembar kan ? haha.
bonda pn kalau di beri rezeki oleh Allah taala utk punya anak kembar,
syukur alhamdulillah. tataula naluri hati bonda tingin sangat nk anak kembar.
oke bonda tahu bonda belom tawen. huhu. doakan bonda oke. cyg kalian !

comey kan kalau dapat anak kembar ? owh me love !

Kahwin dengan pasangan kembar atau berketurunan kembar.
itu adalah jawapan tipikal yang sering kita dengar ! 
jom dapatkan tips yang menarik ini.

Selain daripada berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung saat masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya. Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi. Anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.

Selain itu, si ibu yang makan pil untuk kesuburan pun akan mempunyai risiko mendapat anak kembar yang tinggi. Sebab itu ada sesetengah ibu yang tak mengandung-ngandung, alih alih dia mengandung anak kembar 5. Dah macam kucing pula. Tidak. yang itu bukan tips yang bonda nak sarankan. Ini tips paling mudah. Logik. Dan telah dilakukan penelitian.

Banyakkan makan ubi, kentang dan susu!

3 jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur sehingga meningkatkan risiko kita untuk mendapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Cepat beli susu sekarang juga ! Hehe !

makanan yang bergizi yang dapat membantu utk mendapatkan kembar
Maksud ubi itu masaklah ubi rebus ke, bukan beli kerepek ubi Pringles pulak. -_-

Eh lagi satu. Tips makan ubi, kentang dan susu bukan sahaja bagus untuk mendapatkan anak kembar, tetapi salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tak ada rezeki nak beranak ! so kepada pasangan yang berusaha untuk mendapatkan anak mgkn boleh mencuba tips ini di samping kita berdoa kepada Allah taala. janji ada usaha, doa dan tawakal insyaAllah. 

Sapa yang tak nak anak kembar wey, kalau bonda pun nak jugak anak kembar walaupun belum lagi kawin -.-" Rasa diri ni sangat-sangat bertuah. Tapi korang tau tak, memiliki anak kembar ni bukan semudah yang disangka. Bagi kaum hawa la, kaum adam penyumbang nak buat ape nye. hehe. 

Anak kembar mungkin mengundang kehamilan berisiko.

1. Kembar seiras berasal dari satu telur yang bersenyawa dengan satu sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan wajah yang serupa.

2. Kembar tidak seiras berasal daripada telurtelur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.

3. Pengambilan ubat kesuburan meningkatkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10 peratus risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30 peratus.

4. Ibu hamil kembar mempunyai lebih risiko untuk melahirkan bayi pra-matang, berlaku keguguran dan kejadian bayi cacat.

5. Bayi kembar biasanya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.

6. Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, sama ada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca daripada masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.

7. Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu enam hingga tujuh minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds.

8. Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami preeklampsia, iaitu satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.

9. Disebabkan oleh saiz uri yang lebih besar, ibu hamil kembar lebih berisiko untuk mendapat placenta previa, di mana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh memberikan pendarahan faraj semasa hamil.

10. Ibu sering mendapat morning sickness yang berganda daripada biasa dan sakit-sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk berbanding kandungan biasa.

11. Seseorang wanita berpeluang untuk hamil kembar lebih tinggi sekiranya mempunyai genetik kelahiran anak kembar.

12. Wanita hamil kembar memerlukan lebih banyak pengambilan makanan berkhasiat, vitamin tambahan dan zat berbanding kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.

13. Kenaikan berat badan berlaku lebih cepat, akibatnya ibu mudah sakit punggung, sesak nafas, rasa nyeri pada perut dan sembelit.

14. Penambahan beban pada jantung, paru-paru dan buah pinggang mengakibatkan anda cepat berasa penat.

15. Ibu lebih berisiko untuk menjalani kelahiran secara pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.

16. Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan sama ada kelahiran melalui pembedahan caesarean mahupun kelahiran normal.

17. Pastikan banyak minum air masak untuk mencegah dehidrasi.

18. Banyakkan berehat seperti sering berbaring agar aliran darah ke plasenta meningkat dan pertumbuhan janin lebih cepat.

19. Dapatkan sokongan positif daripada mereka yang berpengalaman mengandung, melahirkan dan membesarkan anak kembar.

20. Gandakan bajet. Persiapkan mental anda untuk menghadapi perbelanjaan yang berganda bila si kembar lahir. Jadi, sebaik tahu anda bakal menimang anak kembar, mulalah menabung untuk keperluannya kelak.


sedikit informasi ini juga mungkin dapat membantu. jom baca !

Faktor-faktor kebarangkalian mendapat anak kembar:

GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga korang terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar korang juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat korang. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.

UMUR
Perempuan yang berumur 35-40 dan keatas mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

BERAT dan KETINGGIAN
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.

DIET
Seperti yang dibincangkan diatas. Pengambilan makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

PENGAMBILAN FERTILITY DRUG
Atau ubat untuk kesuburan. Pengambilan ubat tersebut meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

semoga tips untuk mendapatkan anak kembar ini dapat membantu ibu ibu dan bapa bapa yang mengidamkan untk mendapatkan anak kembar. selamat berusaha !

♥ ILMU : Perkembangan Fetus - 5 Minggu ♥

as'salam dan selamat sejahtera
para ibu / emak - emak / mama / mummy
apa khabar ? bgmn dengan perkembangan kehamilan anda ?
moga moga dalam keadaan sehat dan ceria hendaknya.
hari ni bonda nk berkongsi berkenaan Perkembangan Fetus untuk usia 5 minggu.
selepas Perkembangan Fetus - 4 Minggu, harap ilmu ini akan memberi manfaat kepada semua.

sak yolka
plasenta primitif
embryosak amniontiub sarafpundi kensing

NOTA ! Role over your mouse to the underline subject.
embryo
sak amnion
tiub saraf
pundi kensing
Anda mungkin tidak kelihatan hamil pada masa ini, namun, jantung embrio, yang lebih kecil dari biji kaskas, sudah mula berdenyut dan mengepam darah. Jantung mula membahagi kepada kamar-kamarnya dan dalam sedikit masa akan mendapat ritma denyutan yang baik. Panjang embrio lebih kurang suku inci / setengah sentimeter dan rupanya lebih mirip berudu daripada manusia. Ia membesar secara memecut pada minggu ini.

Organ utama, seperti ginjal dan hati, mula muncul. Tiub saraf, yang menyambungkan otak dan korda spina, akan tutup pada minggu ini. Anggota bawah bayi mula tumbuh - ini akan menjadi tangan dan kaki bayi anda. Usus sedang berkembang dan apendiks bertempat di ruangnya.


NOTE ! PLEASE STOP MY PUMPKIN MELODY ON YOUR LEFT SIDEBAR
TO VIEW THIS VIDEO. TQ !

Inside Pregnancy : Weeks 1-9

Di bawah pembukaan yang akan menjadi mulut bayi anda, lipatan-lipatan kecil muncul yang akan menjadi leher dan rahang bawah bayi. Seawal minggu ini, raut muka sudah mula terbentuk. Lubang hidung lebih kelihatan dan versi terawal retina mata mula timbul. Dapatkan maklumat tentang folik asid yang diperlukan oleh anda.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...