Blog ini telah di lahirkan untuk menjejaki rentetan perjalan kehidupan kami sebagai seorang IBU / EMAK / MAMA / MUMMY / UMIE / BONDA & ABI / ABAH / PAPA / DADDY / WALID / AYAHNDA kepada permata hati kami. Blog ini juga untuk di jadikan kenangan kepada permata hati kami untuk memahami suka duka perit pedih gembira bahagia tatkala membesarkan mereka. Harapan kami agar anda semua sudi berkongsi pengalaman / pendapat / buah fikiran / cadangan dan sebagainya dengan menitipkan sedikit nasihat bernas untuk permata hati kami di ruangan komen. Terima kasih dan semoga hidup anda di rahmati oleh-Nya. BUT AM NOT MOMMIES-TO-BE ! just wanna share the ILMU & Experienced from frens that I know serba sedikit. haha !

Fan Pages : HERNYZAR HELMIZAN

♥ TIPS : Untuk Mendapatkan Anak Yang Pintar ♥

Salam my readers. kat sini Sara nak share sket berkenaan TIPS untuk mendapatkan anak yang pintar. InsyaAllah. Artikel ni telah di kongsi bersama oleh Encik Azizan Jamaludin. untuk semua bakal2 ibu dan bapa. Selamat membaca kepada Pengantin Baru yang bakal menjadi ibu dan bapa. (o^_^o)V~!

En. Azizan Jamaludin, Pn. Sikin and Ayma

BEBERAPA PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEMASA IBU MENGANDUNG:
  • Buatkan Solat Hajat selalu supaya mendapat anak yang cerdik, comel, sihat dan sebagainya
  • Berjimaklah mengikut Sunnah Rasulullah. rajin rajin juga menelaah berkaitan ini pada buku buku rujukan.
(untuk entry yang saya tulis boleh RUJUK DI SINIdan SINI).
  • Ketika mengandung 4bulan 10hari, lakukan Aktiviti Ransangan terhadap kandungan anda. Kenapakah perlu menunggu sehingga 4bulan 10 hari ? Ini adalah kerana ketika inilah, roh bayi akan ditiup ke dalam rahim ibunya.
  • Ketika menlakukan Aktiviti Rangsangan, bacakan perkara di bawah :
    • Surah AL-Fatihah
    • ABC sehingga Z
    • One Two sehingga Ten
    • Satu Dua sehingga Sepuluh
    • Alif Ba Ta sehingga Ya
  • Lakukan aktiviti ini sekurang-kurangnya 5 x sehari iaitu selepas melakukan solat fardu.
  • Cara melakukannya. Usap dan gosokkan pada perut dan ucapkan "Anak, Mari belajar ye sayang". Buat aktiviti rangsangan ini sehingga tiba saat bersalin.
  • Banyakkan membaca al-Quran
  • Banyakkan mendengar al-Quran( (mp3)
  • Banyakkan bersedekah:
    • masjid
    • beri makan pada kucing
    • orang dalam kesusahan
    • sedekahkan al-Fatihah pada yang telah tiada
  • Setelah berusaha, bertawakallah dan berdoa:
    • semoga mendapat anak yang soleh / solehah
    • semoga mendapat anak yang cerdik dan pintar
    • semoga mendapat anak yang sihat dan sempurna
    • semoga keluarga menjadi tersohor dan terunggul di rantau ini
    • semoga hari ini lebih baik dari semalam
    • semoga mendapat perkhabaran gembira
  • Waktu dan tempat yang sesuai untuk berdoa:
    • tengah malam
    • hari jumaat
    • beberapa minit sebelum Maghrib
    • waktu hujan
    • waktu sakit
    • dalam sujud terakhir solat
    • selepas majlis ilmu
    • orang yang keluar di jalan Allah
    • malam Lailatul Qadar
    • Jabbal Rahmah
    • Raudhah
  • Jagalah solat 5 waktu
  • Bersangka baik. Jangan mencerca dan memandang hina pada seseorang yang serba kekurangan
  • makan makanan yang berzat dan berkhasiat dan bernutrisi. jaga lah pemakanan anda. jangan bawa balik rezeki yang haram walaupun 10 sen. banyakkan makan ikan, sayuran, kekacang dan buah kurma.
Wallahualam
Disediakan oleh: Azizan Jamaludin Tarikh Update: 20100507 


NOTE!!

~wlpn aku belom kawen dan maseh lagi jauh ke arah itu tapi ILMU ini sgt berguna buat semua bakal2 ibu dan bapa. selamat mencuba resepi kejayaan anak pintar. InsyaAllah~!


With LOVE,

♥ TIPS : Perbanyakkan Susu Badan ♥


hari nk share tip utk membanyakkan air susu bagi ibu ibu yang mengandung dan sedang breastfeed boleh lah mencuba. insyaAllah di permudahkan urusan ketika menyusukan anak. amin. jom lihat apa petua-petuanya:
MAKANAN:
  • lobak putih - boleh di masak buat sup atau jus
  • bayam
  • broccoli - sumber kalsium yang baik
  • sawi
  • cekur manis -m di masak rebus / lemak manis. boleh jga di tumbuk dan tampalkan pada payu dara ibu. di basuh selepas kering
  • pegaga / dau pucuk betik / jantung isang - di makan sebagai ulam, rebus atau urap. urap itu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawnag putih, ikan bilis / udang kering.
  • kacang hijau - bubur kacang hijau
  • kacang tanah - kacang tanah yang di panggang bersama susu kambing
  • daun kucai - di rebus bersama ikan bilis dan makanlah bersama-sama nasi
  • petola / daun turi - buat masak lemak manis
  • kacang buncis
  • kacang dal - makan dengan roti. roti canai pn boleh :p
  • roti - segala nala jenis roti. terutama sekali roti planta
  • kurma - makan begitu sahaja atau di buat jus
  • madu - sebagai pemanis dalam minuman. boleh gantikan gula dgn madu
  • kismis - 7 biji 3 x sehari. pagi / tengahari / malam
  • ikan tenggiri
  • sengkuang cina
  • biskut bijirin  JACOB's
  • buah laici / longan / mata kucing / rambutan - bukan tang di dalam tin / di proses. 
  • halba - masak dengan nasi (nasi dagang)

MINUMAN:
  • air masak - minum lebih 3 liter sehari
  • susu - susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai. bergantung kepada tekak anda juga ya. Dumil Mama pn boleh
  • longan kering - di buat jus atau di makan begitu sahaja / di rebus
  • halba - rendam dan minum airnya. boleh juga telan sesudu kecil dengan air suam
  • oat - boleh di tambah dalam minuman / makanan. membantu mengurangkan kolestrol dalam badan
  • amalkan minum milo / nestum / horlicks
  • amalkan minum air rebusan buah pala / jus pegagag / spirulina
  • soya
  • kurma - boleh di makan begitu sahaja datau di buat jus
  • air kelapa - orang tua-tua kata baik utk kebersihan bayi dan rambut yang lebat
  • air sengkuang cina - kisar buah sengkuang cina dan rebus bersama sedikit madu / gula
  • daun betik - rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. air rebusan tersebut hendaklah di minum 2-3 x sehari
  • lobak putih - parut lobak putih dan kisar hingga halus. campurkan dengan segelas air suam. minum setiap 2 x sehari. boleh campurkan dengan lobak oren. di kisar dan di ambil patinya. bancuh dengan susu dan minum.
  • milkmaid tea
  • Melilea Organic Soya Drink
  • Autumnz Organic Nursing Tea
  • Joy Angel Nursing Tea

MAKANAN TAMBAHAN:
  • pil kalsium
  • Obimin
  • Omega 3
  • Vitamin C
  • Jamu - yang membanyakkan air susu contoh PIL ASI / Jamu Nona Roguy (phytonatal)
  • SHAKLEE Preggy Mommies Set - Vitalea / B-Complex / Vitamin C / ESP / Ostematrix / Omega Guard
  • SHAKLEE Breastfeeding Set - Vitalea / B-Complex / Vitamin C / Alfalfa / ESP / Ostematrix / Omega Gurad / PD
  • SHAKLEE Confiment Set - 
  • Vitalea / B-Complex / Vitamin C / Vitamin E / Zinc / ESP / Omega Gurad 
  • Jus Bidadari (DCL)
  • GNC Fenugreek - halba dalam bentul kapsul keluaran GNC
  • Habatussauda
  • Organic Spirulina
  • Melilea Greenfield Organic
  • ML Goat's ue Vegetarian Capsules
  • ML More Milk Plus Vegetarian Capsules
  • ML More Milk Special Blend Alcohol-free Tincture (2oz)

ZIKIR DAN DOA:
  • berzikir dengan kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 x setiap hari. waktu yang paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. juga boleh baca zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air masak lalu di minum
  • baca doa -

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku. perbanyakkanlah susuku untuk bayiku dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. Amin"

  • baca selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam
  • baca surah al-Baqarah ayat 60 - letakkan tangan padapayudara usap dan doa dalam hati seoga Allah murahkan rezeki ana kita & supaya kita mampu mengeluarkan susu yang cukup pada anak kita sehingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun. insyaAllah.
"Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi"
SEMOGA MEMBERI SEMANGAT KEPADA IBU-IBU UNTUK TERUS MENYUSUKAN BAYI ANDA. BERUSAHA !

♥ LAUNCHING NEW BLOG ♥

Blog ini telah di lahirkan untuk menjejaki rentetan perjalan kehidupan kami sebagai seorang IBU / EMAK / MAMA / MUMMY / UMIE / BONDA & ABI / ABAH / PAPA / DADDY / WALID / AYAHNDA kepada permata hati kami. Blog ini juga untuk di jadikan kenangan kepada permata hati kami untuk memahami suka duka perit pedih gembira bahagia tatkala membesarkan mereka. Harapan kami agar anda semua sudi berkongsi pengalaman / pendapat / buah fikiran / cadangan dan sebagainya dengan menitipkan sedikit nasihat bernas untuk permata hati kami di ruangan komen. Terima kasih dan semoga hidup anda di rahmati oleh-Nya.
with love, 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...