Blog ini telah di lahirkan untuk menjejaki rentetan perjalan kehidupan kami sebagai seorang IBU / EMAK / MAMA / MUMMY / UMIE / BONDA & ABI / ABAH / PAPA / DADDY / WALID / AYAHNDA kepada permata hati kami. Blog ini juga untuk di jadikan kenangan kepada permata hati kami untuk memahami suka duka perit pedih gembira bahagia tatkala membesarkan mereka. Harapan kami agar anda semua sudi berkongsi pengalaman / pendapat / buah fikiran / cadangan dan sebagainya dengan menitipkan sedikit nasihat bernas untuk permata hati kami di ruangan komen. Terima kasih dan semoga hidup anda di rahmati oleh-Nya. BUT AM NOT MOMMIES-TO-BE ! just wanna share the ILMU & Experienced from frens that I know serba sedikit. haha !

Fan Pages : HERNYZAR HELMIZAN

♥ ILMU : Ovulasi ♥

as'salam dan salam sejahtera.
buat ibu ibu di luar sana. apa khabar anda ?
moga berada di bawah limpahan rahmat dariNya. insyaAllah.

hari ni mahu share pasal ovulasi. tahukah anda apa itu ovulasi ?
masa skola menengah kita ada belajar pasal ni, kan ?
pastu yg gugurl memerah muka konon malu lah. yg boboi gasak menyakat.
haha. oke termemorize lak zaman skola dulu. oke jom semak topik hari ni.

Apakah itu ovulasi?
pelepasan telur semasa proses ovulasi

Ovulasi berlaku apabila satu telur atau lebih dilepaskan dari salah satu ovari anda. Ini adalah masa yang paling subur dalam kitaran haid anda. Setiap bulan, 15 hingga 20 telur matang dalam ovari. Telur yang paling matang dilepaskan ke dalam kaviti pelvis dan ditarik masuk ke dalam tiub falopio. Tiada ketepatan ovari mana yang akan melepaskan telur. Ovulasi tidak semestinya berlaku secara bergilir-gilir antara ovari bagi setiap kitaran.


Bagaimanakah ovulasi menentukan bila saya boleh hamil?
Untuk hamil secara natural, satu telur dan satu sperma mestilah bertemu dalam tiub falopio sebelum telur itu mati. Sesuatu telur itu boleh hidup tidak lebih dari 24 jam selepas ovulasi; kecuali, ia di senyawakan oleh sperma. Walau bagaimanapun, sperma boleh hidup lebih lama dalam salur genital anda (vagina, uterus atau tiub falopio. Adalah didapati bahawa sperma boleh hidup dalam badan anda sehingga tujuh hari. Walau bagaimanapun, sperma mempunyai motiliti terbaik (bergerak pantas, lazimnya mengikuti jalan lurus) dihasilkan apabila seorang lelaki itu secara purata mengeluarkan mani setiap tiga atau empat hari sekali.


Ini bermakna anda tidak perlu menjadualkan hubungan seks tepat pada masa ovulasi untuk menjadi hamil. Adalah lebih realistik untuk bergantung kepada "ruang subur terbuka" selama lebih kurang empat atau lima hari bila sperma hidup dan sihat boleh bertemu telur ovulasi yang baru.

Bagaimana hendak menentukan bilakah saya paling subur?
Ovulasi selalunya berlaku 12–16 hari sebelum haid anda bermula semula. Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari (hari pertama haid adalah Hari 1), ovulasi berlaku sekitar Hari 13 hingga ke 15. Panjang kitaran haid normal, walau bagaimanapun, adalah antara 23 hingga 35 hari, jadi ovulasi boleh berlaku lebih awal atau lebih lewat dalam kitaran itu.

carta di atas menunjukkan kitaran pengovulan.

Cara yang paling mudah untuk menentukan masa subur anda ialah dengan memberi perhatian kepada badan anda dan belajar mengawasi tanda-tanda yang ovulasi itu akan berlaku.

Tanda-tanda pengovulan:

Perubahan mukus serviks. Beberapa kajian mendapati bahawa mengesan perubahan mukus serviks adalah cara yang tepat dan berguna bagi wanita untuk meramalkan hari yang paling subur mereka. Apabila kitaran anda berjalan, volum mukus serviks anda meningkat dan bertukar tekstur. Volum yang banyak dan perubahan tekstur menunjukkan peningkatan tahap hormon estrogen dan memberitahu anda bahawa ovulasi akan berlaku dalam sedikit masa. Anda dianggap paling subur apabila mukus itu menjadi jernih, licin dan anjal. Peranan mukus ini adalah bagi memelihara, melindungi dan mempercepatkan sperma dalam perjalanannya naik melalui uterus dan masuk ke dalam tiub falopio untuk pertemuan dengan telur anda. Ramai wanita mengatakan yang mukus yang berlebihan dan berair pada tahap ini sama seperti putih telur.

Sakit pinggang. Sebanyak seperlima wanita dapat merasa aktiviti ovulasi, yang merangkumi sakit-sakit dari yang ringan kepada sakit tajam dan menusuk. Ada wanita yang menggambarkannya sebagai "sakit pinggang sebelah" atau keradangan di tempat spesifik. Kondisi ini, bergelar mittelschmerz (sakit di tengah), berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam. Jika anda perasan sakit serupa pada masa yang agak sama setiap bulan, periksalah kondisi mukus serviks anda juga. Sakit ovulasi boleh menjadi panduan berguna bagi setengah wanita untuk mengetahui ruang subur mereka.

Mungkin ada tak menyedarinya, tapi mungkin ada tanda-tanda lain yang menunjukkan yang anda berada di masa yang paling subur. Kajian-kajian tentang perubahan penampilan dan perlakuan sepanjang kitaran haid telah menjadi lebih popular kebelakangan ini. Fikirkan kembali kitaran haid anda dan anda mungkin dapat mengesan bahawa separuh daripada yang berikut menjadi lebih ketara apabila anda mendekati ovulasi.

Rasa seksi dan suka memikat. Libido meningkat, perasaan riang dan lebih sosial adalah tanda-tanda yang anda berada di masa paling subur. Anda mungkin sedar akan peningkatan perasaan berahi semasa anda berada dalam fasa ovulasi di kitaran haid anda. Samada berkahwin atau tidak, semasa berada dalam ruang subur wanita suka keluar rumah, terutama ke tempat-tempat di mana mereka boleh bersosial dengan lelaki lain, bergurau dan cuba memikat. Jika berkahwin, anda mungkin sedar yang pada masa ini suami menjadi lebih cemburu dan lebih memberi perhatian.

Kelihatan bergetah, bergetah, bergetah! Kajian mendapati bahawa kedua-dua aspek iaitu perasaan berahi dan kecantikan diri iaitu daya-tarik meningkat semasa anda mendekati ovulasi. Kajian baru-baru ini melaporkan yang wanita menyatakan mereka merasakan diri lebih menarik dari segi rupa dan bentuk badan pada masa subur ini. Anda juga akan kelihatan menarik kepada orang lain sebab wanita lebih mengambil berat tentang kecantikan diri semasa mereka subur. Dengan tidak disedari, anda mungkin memilih baju yang menambahkan daya-tarik anda dan lebih berusaha berdandan dan menghias diri; dan wanita kelihatan lebih bergetah lebih hampir kepada ovulasi. Walaupun kita tidak fikir kita juga menggunakan peragaan seksual, seperti terdapat di dunia haiwan, namun, kita tetap menggunakan muslihat feminin kita untuk menarik perhatian jejaka yang utama dalam hidup kita.

Bau yang membuat lelaki gila. Anda bukan saja kelihatan cantik, bau anda juga amat, amat menghairahkan! Adalah didapati bahawa wanita berbau secara lebih menggodakan lelaki apabila mereka dalam fasa ovulasi berbanding masa-masa ruang subur telah berlalu. Anda mungkin menyangka yang tiada siapa mengetahui yang anda sedang ovulasi, tetapi feromon yang sememangnya ada, membuka rahsia.

Bagaimana untuk meningkatkan kebarangkalian konsepsi
Jika anda melakukan seks tanpa perlindungan setiap dua atau tiga hari, sperma yang mempunyai motiliti baik akan berada di tempat yang sesuai bila saja anda melalui ovulasi. Seks secara teratur sepanjang kitaran anda adalah kaedah yang pakar-pakar kesuburan syorkan untuk menambah kebarangkalian menjadi hamil. Jika melakukan hubungan asmara semasa mukus serviks anda berair dan licin, ini paling menggalakkan sperma, dan menambahkan kebarangkalian konsepsi. Anda akan merasa senang hati sebab mengetahui yang peluang untuk berjaya amat baik.

Bagi pasangan yang subur normal, terdapat 20 hingga 30 peratus kebarangkalian hamil bagi setiap kitaran. Ini bermakna di sekitar 84 peratus wanita yang melakukan seks teratur tanpa menggunakan kawalan kelahiran akan hamil dalam tempoh satu tahun. Jika mereka terus mencuba, separuh dari yang tidak berjaya akan hamil pada tahun berikutnya, menjadikan jumlah besar 92 peratus pasangan yang berjaya konsepsi dalam tempoh dua tahun.

semoga isi kandungan hari ni dapat membantu ibu ibu diluar sana berusaha untuk menambah zuriat dan keturunan. 
moga di kurniakan anak anak yang soleh dan solehah.
SELAMAT MENJALANI SESI KEHAMILAN !

♥ ILMU : Kekejangan Betis Ketika Hamil ♥

as'salam dan salam sejahtera.
apa khabar ibu ibu ? hehe. harap sehat sehat la ya.
dan sentiasa berada di bawah lindunganNya. amin.

hari ni nak share pasal kekejang betis ketika hamil.
my beloved fren Intan Norazam ada mengadu saket betis di awal trimester.
hope this info help her and all mom-to-be out there. xoxo !
______________________________________________________________________

Mengapa saya mengalami kekejangan betis pada waktu malam?
Seperti berlari, bermain permainan tenis yang mendebarkan, atau hanya berdiri sepanjang hari boleh memenatkan otot anda sebegitu banyak sehingga ia kekejangan, begitu juga kehamilan. Berat tambahan pada kaki anda selalunya mengakibatkan kekejangan otot kaki pada waktu malam, yang boleh mengejutkan anda dari tidur nyenyak. Kejang betis paling teruk akan berlaku pada trimester kedua dan ketiga.

Punca-punca lain kejang betis berkaitan dengan kehamilan mungkin adalah kelebihan fosforus (didapati di dalam daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas) dan kekurangan kalsium di dalam aliran darah anda, atau tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki anda.
Bagaimana saya boleh melegakan kesakitan?
Mujurlah, kejang betis adalah salah satu rungutan kehamilan yang boleh diatasi.
Apabila kekejangan menyerang:

Meregang. Mula dengan luruskan kaki anda -- tumit dahulu -- dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki anda. Ini akan berasa sakit pada mulanya tetapi kesakitannya akan hilang secara beransur-ansur.

Urut otot yang kejang.

Mandi air suam atau letakkan botol air panas pada kawasan kejang.

Berjalan. Bermundar-mandir untuk beberapa minit dapat membantu.

Apa boleh saya lakukan untuk mengelakkan kekejangan?
Buat senaman meregang sebelum tidur. Regangkan otot betis anda beberapa kali (seperti yang digambarkan di atas) sebelum anda tidur dapat membantu mengelakkan kekejangan pada waktu malam.

Jangan berdiri untuk jangka masa yang lama atau duduk dengan kaki tersilang.

Putarkan buku lali dan gerak-gerakkan jari kaki apabila anda duduk, di tempat kerja, pada waktu makan malam, atau semasa menonton TV.

Makan makanan kaya dengan kalsium. Jika anda benar-benar ada masalah dengan kekejangan betis, tanya doktor anda mengenai pengambilan kalsium tambahan. (Tetapi elakkan mengambil kalsium dengan dolomit atau serbuk tulang; ini biasanya mengandungi plumbum, yang boleh diserap melalui plasenta dan memudaratkan bayi anda.)

Elakkan minuman bergas, ia mengandungi banyak fosforus.

Jika kesakitan berlarutan?
Jika kesakitannya adalah berterusan dan bukan hanya kekejangan sekali-kala, atau anda perasan adanya bengkak atau kesakitan, hubungi doktor anda. Anda mungkin menghidapi trombosis vena, atau bekuan darah, sejenis keadaan jarang ditemui (satu dalam 2,000 kehamilan) tetapi serius yang memerlukan rawatan perubatan segera.

di harap dengan perkongsian ini dapat membantu ibu ibu yang baru hamil utk mengambil langkah berjaga dan berhati-hati.

♥ ILMU : Anatomi Payudara ♥

Penting untuk mengetahui anatomi payudara supaya kita faham bagaimana ia berfungsi dan bagaimana mengekalkan fungsinya… (bukan senang untuk mengekalkan penghasilan susu berterusan selama 6 bulan dan seterusnya 2 tahun!)

Payudara yang dikenal juga sebagai buah dada adalah organ yang termasuk dalam kategori organ kelamin luar wanita. Peranan utama payudara dalam kaitannya sebagai fungsi reproduksi adalah menghasilkan air susu untuk nutrisi bayi yang baru dilahirkan sampai pada usia tertentu. Pada kebudayaan tertentu di Afrika papua polinesia payudara masih dianggap organ yang tidak harus selalu ditutupi, tapi masih dilihat sebagai organ berperanan dalam reproduksi.


Payudara terdiri atas korpus mamae (badan payudara), puting susu dan areola. Korpus terdiri dari jaringan kelenjar payudara, saluran susu (duktus laktiferus), jaringan ikat, lemak, pembuluh darah, saraf dan pembuluh limfe. Puting susu dan areola merupakan bahagian dari kulit payudara. Puting mengandung ujung-ujung saraf perasa yang sensitif, dan otot polos yang akan berkontraksi bila ada rangsangan. Areola merupakan bahagian yang lebih berpigmen di sekeliling puting. Kelenjar morgagni adalah kelenjar keringat besar yang salurannya bermuara pada areola. Kelenjar ini mengeluarkan cairan yang berfungsi melemaskan dan melindungi areola sewaktu menyusui. Selain itu pada areola juga terdapat otot polos dan ujung-ujung serabut saraf. Fungsi otot polos dalam puting dan areola adalah mengurangi permukaan areola, menonjolkan puting dan mengosongkan sinus laktiferus waktu menyusui.


Kelenjar Mamari
Kelenjar mamari atau kelanjar susu adalah suatu organ yang terdapat pada mamalia betina (perempuan) untuk menghasilkan susu untuk anaknya. Kelenjar eksokrin ini merupakan ciri mamalia iaitu menyusukan anak dan juga daripada mana nama kelas “mamalia” itu sendiri terhasil.

Struktur kelenjar susu.
Komponen asas kelenjar susu adalah alveolus yang dilapisi sel perembes susu dan dikelilingi oleh sel mioepitelia. Alveolus ini berkumpul untuk membentuk sekumpulan lobus dan setiap lobus mempunyai duktus laktiferus yang menjurus ke bukaan pada puting susu. Sel mioepitelia boleh mengecut, sama seperti sel otot, dan seterusnya menolak susu daripada alveolus melalui duktus laktiferus ke arah puting di mana susu akan terkumpul pada duktus sinus di bawah areola.

Perkembangan dan kawalan hormon
Perkembangan kelenjar susu dikawal oleh hormon. Kelenjar susu sebenarnya terdapat pada kedua-dua jantina lelaki dan perempuan. Namun begitu kesan rembesan hormon pada ovari merangsang perkembangan kelenjar susu pada perempuan. Hormon estrogen menggalakkan perkembangannya manakala hormon testosterone merencat pertumbuhannya.


Pembentukan kelenjar susu sudah terbentuk sejak kelahiran lagi, iaitu pembentukan duktus laktiferus tetapi tiada alveolus. Hormon estrogen mempengaruhi pertumbuhan sistem saluran, puting dan jaringan lemak. Sedangkan hormon progesteron berperanan dalam pertumbuhan dan perkembangan kelenjar susu. Semasa akil baligh hormon estrogen mula dirangsang untuk menghasilkan cabang-cabang duktus yang kemudiannya akan berkembang menjadi alveolus. Alveolus sebenar hanya akan terbentuk semasa kehamilan dengan pertambahan hormon estrogen dan progesteron yang akan membentuk lebih banyak cabang duktus serentak dengan pembentukan lebih banyak tisu adipos dan salur-salur darah.

Selama masa kehamilan, payudara membesar akibat pengaruh hormon estrogen dan progesteron yang meningkat. Kolustrum akan mula dihasilkan pada peringkat akhir kehamilan dan seterusnya pada hari-hari awal selepas kelahiran. Umumnya air susu belum di hasilkan pada waktu kehamilan. Setelah melahirkan, kelenjar hipofisis mulai mengeluarkan hormon prolaktin yang bertanggung jawab atas produksi air susu pada kelenjar susu akibat adanya rangsang puting dari hisapan bayi. Susu sebenar akan dihasilkan beberapa hari selepas kelahiran apabila kandungan progesteron mula menurun manakala kandungan prolaktin mula meningkat. Proses pengeluaran air susu dibantu oleh kontraksi otot disekitar puting dan areola yang dirangsang oleh hormon oksitosin (hormon yang utamanya bertanggung jawab dalam kontraksi rahim saat bersalin). Hisapan bayi akan merangsang pengeluaran oksitosin yang akan merangsang pengecutan sel mioepitelia yang menyebabkan pancutan susu.

Selamat Menyusukan Bayi, ibu ibu !

♥ TIPS : 10 cara untuk mengatasi perasaan tertekan dalam kehamilan Vol. 2 ♥

Sambungan dari Vol. 1

6. Bersedia untuk kehidupan berkeluarga
Adalah perkara biasa jika anda mempunyai kebimbangan tentang bagaimana melahirkan bayi akan membawa kesan terhadap hubungan anda dengan suami atau meragukan keupayaan anda sebagai seorang ibu. Keibubapaan ialah sesuatu yang anda akan belajar semasa menjalaninya.


Jika anda ada mempunyai kawan yang mempunyai bayi muda, anda boleh menghabiskan masa dengan mereka untuk mendapatkan tip-tip berguna.


Mungkin anda merasa tertekan tentang kewangan anda, pekerjaan, hubungan suami-isteri atau perumahan? Lihat senarai organisasi dan kumpulan sokongan yang anda boleh hubungi untuk mendapatkan nasihat. Sila lihat seksyen kami tentang menjaga bayi untuk membantu anda bersedia.



7. Strategi berulang-alik ke tempat kerja
Kebanyakan wanita menjalankan kerja sehingga tarikh sebelum melahirkan. Berulang-alik ke tempat kerja boleh menjadi punca utama perasaan tertekan, dan ia menjadi lebih teruk lebih sarat anda mengandung.


Tanya majikan anda jika anda boleh mengelakkan kesesakan jalanraya, mungkin dengan bermula dan selesai lebih awal daripada biasa. Pastikan anda sentiasa berduduk semasa menaiki pengangkutan awam. Jika anda tidak dapat tempat duduk, meminta sesiapa memberi anda tempat duduknya.


Wanita hamil yang menaiki transit aliran ringan atau light rail transit (LRT)Light Rail Transit di Lembah Klang berhak mendapat keutamaan dari segi tempat duduk. Jangan berasa malu. Kebanyakan orang cukup bersedia untuk memberikan kerusi mereka, mereka hanya perlu diingatkan!



8. Hal-hal kewangan
Memang tidak dinafikan, mendapat bayi boleh mengurangkan jumlah kewangan anda. Jika anda bimbang tentang bagaimana anda boleh mampu segala-galanya, buatlah senarai barang-barang yang anda fikir anda perlukan. Tentukan barang-barang yang anda boleh pinjam daripada rakan-rakan atau keluarga.


Anda mungkin tidak akan perlu membeli semua yang ada dalam senarai anda. Beberapa bahan, seperti raga pembawa bayi, hanya boleh digunakan untuk beberapa bulan, jadi bertanya-tanyalah sekiranya ada yang boleh dipinjam. Ada kemungkinan baik barang itu berada dalam keadaan baik sebab pemilik asal hanya menggunakannya untuk dua atau tiga bulan saja! Seksyen kewangan keluarga kami mempunyai banyak idea-idea dan anda boleh berkongsi tip-tip menjimatkan wang di forum BabyCenter.


Pastikan anda mendapatkan hak penuh bagi cuti bersalin dan gaji. Dapatkan maklumat lanjut tentang apa-apa faedah tambahan yang layak diterima dengan menyemak perjanjian kolektif dengan wakil kesatuan pekerja atau kontrak pekerjaan. Dapatkan nasihat daripada pengurus sumber manusia anda.



9. Cuba terapi tambahan
Urutan adalah cara yang hebat untuk mengurangkan perasaan tertekan. Bacalah mengenai teknik-teknik urut untuk bersalin. Anda dan suami boleh mencubanya sekarang. Ini akan merelakskan anda, dan memberikan suami banyak latihan sebelum hari bersalin sebenar! Jika anda menggunakan minyak pati aromaterapi untuk urutan atau rawatan lain, adalah penting untuk memastikan ianya selamat untuk digunakan semasa hamil.


Teknik meditasi dan visualisasi positif boleh membantu. Visualisasi positif adalah di mana anda membayangkan satu gambaran senario yang damai. Cuba visualisasi kebun bunga dan lihat sama ada ia mujarab untuk anda. Pilih satu-satu masa apabila anda tahu anda tidak akan diganggu dan cuba untuk dapatkan masa sekurang-kurangnya 30 minit. Ini benar-benar boleh memanfaatkan anda, dan ia tidak melibatkan kos sesen pun!



10. Layani diri anda dengan baik
Ketawa adalah salah satu cara terbaik untuk merelakskan badan. Jadi, berjumpalah dengan kawan-kawan, tontonlah DVD lucu dengan suami anda, atau pergilah ke pawagam. Jika anda mampu, pergilah bercuti di hujung minggu dan manfaatkanlah sepenuhnya masa yang ada untuk anda bersama-sama.


Kehamilan juga masa yang paling sesuai untuk melayankan diri anda dengan semua rawatan kecantikan yang biasanya anda enggan membelanjakan wang. Jika bonjol perut menjadi terlalu besar untuk anda memotong kuku jari kaki, dapatkan pedikur. Jika anda mahu menjimatkan wang, adakan spa mini di rumah. Berbaik-baiklah dengan diri sendiri. Sesungguhnya anda berhak untuknya.

♥ TIPS : Pantang Larang Wanita Melayu ♥

as'salam dan salam sejahtera.
ibu ibu di luar sana apa khabar ? harap sehat dan di bawah kesejahteraanNya. amin.
hari ni nak berkongsi lagi berkenaan Pantang Larang. haha. suka nk share !

topik yang lepas boleh rujuk sini:


Walaupun Sara belum bergelar ibu dan belum melahirkan bayi, Sara bagai dapat merasakan keperitan dan kepayahan dalam menjalani sesi berpantang. dengan perkongsian dari mamita Sara, Pn. Zainon Abdul, dan juga beberapa orang rakan-rakan yang masih mengamalkan amalan berpantang ini, di sini Sara kongsikan intipati Pantang Larang Wanita Melayu khususnya selepas melahirkan bayi atau bersalin.

Walau betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin, tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih tekun dan rela mengikut tradisi ini. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekal minat suami. Siapa yang tak nak cantik dan siapa yang tak sayang suami kan ? Oleh itu rajin rajin lah berpantang ya sayang sayang (^________^)

Sesungguhnya, amalan-amalan pantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu. Mengikut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan "penyawa" wanita yang menentukan kesihatan diri keseluruhan. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang.

Disamping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampung yang mendamping ibu selepas bersalin. Kajian juga mendapati yang beberapa amalan pantang-larang ada kebaikannya. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan dan urut-mengurut.
Pakar-pakar antropologi menerangkan bahawa asas amalan pantang-larang kaum Melayu berlandaskan teori empat elemen berkurun dahulu. Elemen-elemen itu ialah:
  • tanah, yang bersifat kering;
  • api, bersifat panas;
  • udara, sejuk;
  • dan, air, bersifat basah.

Elemen-elemen ini mestilah berada dalam keadaan seimbang pada badan seseorang.
Ilmu perbidanan juga dikatakan satu anugerah Tuhan bagi individu dan keluarga yang terpilih sahaja, dengan tujuan supaya mereka membantu wanita dari semua lapisan masyarakat. Bidan kampung dianugerahkannya bagi membantu wanita desa.

Kini, wanita Melayu di bandar tidak dapat melakukan kesemua pantang-larang sebab tiada keluarga dan masyarakat keliling untuk menyokong seperti kehidupan masyarakat di kampung dahulu. Mengikut tradisi, ibu baru akan dibantu dan ditemani oleh:
  • bidan kampung;
  • pengasuh khusus;
  • emak sendiri atau ibu mertua.
Memang diakui bahawa tanpa orang lain membantu, ia akan sukar untuk mengamalkan pantang dengan lengkap dan sempurna selama 44 hari. Tapi bagi Sara jika ada kemahuan di situ ada jalan. Zaman sekarang ita boleh mengupah orang utk berurut dan menemani kita semasa menjalani sesi berpantang. Cuma berkemampuan atau tidak sahaja. semoga ibu ibu di luar sana di limpahi rezeki oleh Allah taala dan memperolehi kesihatan tubuh badan yang baik. Amin ! Selamat beramal.

♥ ILMU : Seafood during pregnancy ? ♥

hari tu kita cakap pasal ♥ ILMU : Durian VS Kehamilan ♥ kan ? apakah boleh makan durian yang sedap lagi mengancam itu ketika hamil. so hari ni nak share pasal seafood lak. bonda percaya ramai ibu ibu kat luar sana yang sgt GILAkan seafood. let's check it out !

Kebanyakan ikan dan kerang-kerangan adalah selamat dimakan semasa kehamilan, dengan syarat ia dimasak dengan betul. Beberapa jenis sushi (seperti ketam kukus dan belut yang dimasak) boleh dimakan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk mengelakkan daripada makan semua jenis makanan laut mentah.

Makanan laut segar dan mentah amat berisiko tinggi sebab ia mengandungi parasit seperti cacing pita yang jika menjadi terlalu besar akan merampas nutrien dari badan anda yang diperlukan oleh bayi anda. Membeku dan memasak akan membunuh parasit. Oleh sebab ini, kebanyakan restoran Jepun yang mengkhusus dalam sushi menggunakan ikan yang dibekukan berbanding dengan ikan segar. Anda boleh bertanya pada pihak restoran jika mereka membekukan ikan sebelum menghidangkannya secara mentah. Kebanyakan restoran menyelar sedikit ikan di bahagian luar, kemudian hidangkannya mentah tetapi anda akan lebih selamat jika anda memesannya supaya masak sepenuhnya.

Tiram, kerang, lala dan kerang-kerangan lain perlu dielakkan semasa kehamilan, kecuali ia adalah sebahagian daripada hidangan masakan panas dan dimasak dengan sepenuhnya. Ini adalah sebab, apabila mentah atau separuh masak, jenis-jenis makanan laut ini mungkin dicemari dengan bakteria dan virus berbahaya yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Wanita hamil mudah kena keracunan makanan sebab kehamilan akan merendahkan sistem imuniti. Bakteria and virus selalunya dibunuh dengan cara masak yang sempurna yang membuatkan kerang-kerangan ini selamat dimakan.

Untuk keselamatan makanan laut di rumah, anda perlu masak kebanyakan makanan laut hingga suhu dalaman sebanyak 63 darjah C/145 darjah F selama 15 saat. Jika anda tidak mempunyai termometer, garis panduan yang disenaraikan di bawah akan membantu anda menentukan sama ada makanan laut itu sudah masak sepenuhnya atau tidak.

Bagi ikan: masukkan hujung tajam pisau ke dalam isi dan tarik ke tepi. Bahagian tepi sepatutnya legap dan bahagian tengah sedikit jernih dengan serpihan akan mula terasing.

• Biarkan ikan selama tiga hingga empat minit untuk masak sepenuhnya.

• Udang dan udang galah akan bertukar ke warna merah apabila telah masak; isinya akan menjadi legap dan berkilau. Kekapis akan berwarna putih susu atau legap dan padat. Kerang tidak akan mempunyai darah.

• Bagi lala, kupang dan tiram, perhatikan tempat bukaannya yang menandakan ia sudah masak sepenuhnya. Buangkan semua yang masih tertutup selepas memasak.

• Apabila memasak makanan laut menggunakan ketuhar gelombang mikro, pusingkan hidangan beberapa kali untuk memastikan masak dengan rata. Selepas membiarkan hidangan seketika, periksa makanan laut di beberapa poin dengan termometer untuk melihat sama ada ia telah mencapai suhu yang sepatutnya.

Satu kebimbangan mengenai masakan laut, mentah atau dimasak, ialah pencemaran oleh pencemar persekitaran seperti PCB (poliklorin bifenil) dan dioksina. Disarankan supaya wanita hamil mengelakkan daripada makan terlalu banyak ikan berminyak sebab ia cenderung mengandungi pencemar ini berbanding dengan ikan isi putih. Walau bagaimanapun, anda perlu makan sedikit ikan berminyak sebab ia mengandungi asid lemak omega-3 dan vitamin dan nutrien lain yang baik untuk anda dan bayi anda yang sedang membesar. Hadkan pengambilan ke dua hidangan seminggu. Terdapat banyak pilihan, termasuk ikan-ikan:
salmon

trout
kembung
hering
sardin
pilchards atau sardin jenis besar
salai
belut
teri
tuna segar
bilis
Wanita hamil perlu elak dari makan ikan yu, ikan todak dan ikan mersuji sebab kandungan tinggi merkuri dalam ikan-ikan ini yang boleh membahayakan pembentukan sistem saraf bayi anda. Anda juga perlu menghadkan jumlah tuna yang anda makan sebab ia mengandungi jumlah merkuri yang tinggi secara relatif.

Selamat menjalani proses kehamilan buat ibu ibu tersayang. *hugs*

♥ ILMU : Kitaran Haid ♥

as'salam dan salam sejahtera.
perkongsian berkenaan kitar haid.
just utk tambah ilmu. untuk lebih memahami konsep kehamilan.

mgkn ada pelajar-pelajar yang datang melawat utk mencari informasi.
hehe !

Kitaran haid: maklumat asas
Seorang bayi perempuan yang baru lahir mempunyai sehingga 450,000 telur tersimpan dalam ovarinya. Apabila dia mulai haidnya antara umur kira-kira 10 hingga 14 tahun, satu daripada telur-telur ini akan matang setiap bulan. Telur dibebaskan dari ovari dan ditangkap oleh hujung tiub fallopio yang bercabang-cabang seperti pakis, yang menggerakkan telur hingga sampai ke uterus (rahim) dengan menggunakan gerakan lembut beralun.

Jadual Kitaran Haid

Jika telur disenyawakan oleh sperma dalam perjalanannya, ia akan menanamkan diri sebaik sahaja ia sampai ke rahim dan membesar menjadi bayi dan plasenta.

Jika persenyawaan tidak berlaku, telur akan disimbah keluar, bersama dengan lapisan uterus, apabila anda mendapat haid. (Baca lebih lanjut mengenai bagaimana bayi dibuat.)

Apakah kitaran haid biasa?

Satu kitaran haid purata berlangsung selama 28 hari – itu kiraaan dari hari pertama sesuatu haid itu hingga ke haid berikutnya. Ada wanita yang mempunyai kitaran lebih pendek, mungkin hanya 23 hari, dan ada juga yang lebih lama sehingga 35 hari. Kitaran yang lebih singkat atau lebih panjang daripada ini mungkin tidak normal, dan anda seharusnya berjumpa pakar obstetrik-ginekologi anda. Anda juga perlu berjumpa dengan doktor anda jika berlaku pendarahan semasa antara haid atau selepas melakukan seks.

Bagaimana hormon anda berfungsi
Kitaran haid anda berlaku di bawah kawalan satu senarai hormon yang dikeluarkan di bahagian-bahagian tertentu dalam badan anda:

  • Hormon yang melepaskan gonadotrofin (dikeluarkan dari dalam hipotalamus, yang berada di dalam otak).
  • Hormon yang merangsang folikel (dikeluarkan dari dalam kelenjar pituitari, yang juga berada di dalam otak).
  • Hormon "luteinising" yang mengeluarkan korpora lutea (ianya pula dikeluarkan dari dalam kelenjar pituitari).
  • Oestrogen (yang dikeluarkan dari dalam ovari)
  • Progesteron (juga dihasilkan dalam ovari).

Seluruh proses bermula dalam otak. Hipotalamus mengeluarkan hormon yang melepaskan gonadotrofin (GnRH), yang bergerak ke kelenjar pituitari dan mengisyaratkannya untuk melepaskan hormon perangsang folikel (FSH). FSH dibawa mengelilingi badan oleh aliran darah dan merangsang ovari untuk memulakan proses mematangkan telur. Antara 15 dan 20 sak yang mengandungi telur, yang dipanggil folikel, kemudian mulai matang dalam ovari. Satu folikel (atau dua atau lebih, tetapi ini jarang sekali berlaku,) tumbuh lebih cepat daripada semua yang lain.

FSH juga merangsang ovari untuk mengeluarkan estrogen. Ini menggalakkan telur matang dan mulai untuk menebal lapisan uterus supaya ia bersedia untuk menyokong kehamilan, jika persenyawaan berlaku.

Apabila tahap estrogen meningkat, tahap FSH jatuh buat seketika dan kemudian membangun semula, disertai dengan penambahan besar hormon yang mengeluarkan korpora lutea (luteinising hormone, LH) dari kelenjar pituitari. Iniah hormonnya yang mencetuskan ovulasi, semasa telur yang paling matang pecah keluar dari sak dan menjauhi ovari. Telur itu ditangkap dengan serta-merta oleh cabang-cabang di hujung tiub fallopio.

Biasanya serviks anda (leher uterus anda) mengeluarkan mukus yang tebal dan legap, yang sperma tidak dapat menembusi. Walau bagaimanapun, sejurus sebelum ovulasi, estrogen mengubah mukus sehingga ia menjadi nipis, jernih dan elastik. Ini membolehkan sperma untuk berenang masuk melalui serviks ke dalam uterus sampai ke tiub fallopio di mana persenyawaan mungkin berlaku.


Selepas ovulasi
Dalam ovari, folikel yang kini kosong runtuh dan menjadi korpus luteum. Gumpal sel kuning kecil ini mula mengeluarkan hormon progesteron. Progesteron mengubah mukus dalam serviks supaya sekali lagi, ia tidak dapat ditembusi oleh sperma. Ia juga bertindak ke atas lapisan uterus, membuatnya menjadi tebal dan mampung akibat penambahan bekalan darah, menjadinya sedia untuk menerima telur yang disenyawakan. Ketika tahap progesteron meningkat, payudara anda mungkin berasa regang dan mencucuk-cucuk. Kelenjar pituitari berhenti mengeluarkan FSH supaya tiada telur lagi yang boleh matang dalam ovari anda.

Jika telur disenyawakan di tiub fallopio, ia akan terus bergerak ke uterus, di mana ia menanamkan diri ke dalam lapisannya. Pada peringkat implantasi ini, telur yang disenyawakan itu mengandungi kira-kira 150 sel. Perjalanan dari ovari ke uterus ini mengambil masa kira-kira lima hari. Tahap progesteron anda akan kekal tinggi dan anda boleh mula merasai tanda-tanda awal kehamilan.


Jika persenyawaan tidak berlaku.
Jika telur tidak disenyawakan atau tidak berjaya diimplantasi, ia mula hancur dan korpus luteum mengecut. Tahap estrogen dan progesteron menurun dan lapisan uterus anda mula mengeluarkan prostaglandin. Kimia-kimia ini menyebabkan perubahan dalam bekalan darah ke uterus anda, memecahkan lapisan, dan merangsang rahim untuk kontraksi. Haid anda bermula dan lapisan uterus tanggal bersama-sama dengan telur yang tak disenyawakan, dan kitaran haid anda bermula sekali lagi.

♥ TIPS : 10 cara untuk mengatasi perasaan tertekan dalam kehamilan Vol. 1 ♥


Apa yang menyebabkan perasaan tertekan semasa kehamilan?
Adalah perkara biasa untuk berasa tertekan pada masa-masa tertentu semasa hamil. Lagipun, mendapatkan bayi adalah suatu peristiwa yang akan mengubah hidup. Selain daripada tanggungjawab melahirkan orang baru ke dalam dunia, terdapat banyak lagi perkara yang mungkin bermain-main dalam minda anda.

Anda mungkin bimbang tentang kesihatan bayi anda, keputusan skan dan ujian-ujian dan kelahiran itu sendiri. Mungkin perjalanan anda untuk ke tempat kerja memenatkan, atau anda bimbang tentang kewangan dan kos yang terlibat dengan adanya bayi baru. Atau mungkin anda bimbang yang bayi baru anda meletakkan tekanan ke atas hubungan anda suami isteri.

Bagaimana saya boleh membantu diri saya sendiri?
Apa saja yang yang membuat anda berasa tertekan, di sini adalah 10 langkah-langkah positif yang anda boleh ambil:

1. Adakan masa untuk berehat
Ambil masa untuk diri sendiri. Ia satu perkara yang baik untuk anda dan bayi anda, jadi jangan merasa bersalah tentang halnya. Di tempat kerja, carilah tempat untuk meletakkan kaki anda ke atas dan berehatlah semasa waktu rehat makan tengah hari anda. Sebaik sahaja anda di rumah, cuba untuk supaya tidak membuat terlalu banyak kerja-kerja rumah.

Jika anda berasa letih, masuklah tidur lebih awal. Badan anda sudah bekerja keras untuk menyuburkan bayi anda yang sedang membesar dan ini memerlukan seberapa banyak tidur yang boleh diperolehi.

Jika anda sudah seorang ibu, memang agak sukar untuk mencari masa untuk berehat. Adalah idea yang baik untuk meminta suami anda, rakan atau ibubapa untuk menjaga anak anda untuk sesuatu petang, sementara anda mendapatkan masa rehat yang harus diambil.


2. Berbincang tentangnya
Jika anda bimbang tentang sama ada bayi anda sihat, sama ada dia akan dilahirkan dengan selamat, atau sama ada anda mampu memikul tugas keibubapaan, anda tidaklah bersendirian. Anda boleh merujuk kepada doktor anda untuk mendapat jaminan yang bayi anda adalah sihat. Tetapi berbincanglah dengan suami anda juga. Membincangkan kebimbangan anda boleh membuat anda berdua merasa lebih baik.

Jangan lupa bahawa rakan-rakan dan ahli keluarga boleh memberi sokongan yang baik. Anda boleh bertemu dengan bakal-bakal ibu lain yang juga berada di peringkat kehamilan yang sama seperti anda, mungkin di kelas antenatal atau kelas keibubapaan. Ada kemungkinan bahawa sekurang-kurangnya setengah daripada mereka juga mengalami apa yang anda rasakan.

Anda boleh mewujudkan rangkaian sokongan dalam talian sendiri. Mengapa tidak berkongsi kebimbangan anda dengan bakal-bakal ibu di forum komuniti BabyCenter dalam talian untuk bakal-bakal ibu?


3. Makan dengan baik
Pemakanan yang baik adalah baik untuk minda selain badan anda. Diet sihat yang mempunyai banyak asid lemak omega-3, vitamin dan mineral, boleh mengangkat tahap keceriaan anda.

Anggapan ialah bahawa asid amino tryptophan boleh meningkatkan paras bahan kimia melatonin dan serotonin dalam otak kita. Melatonin dan serotonin membantu kita untuk tidur dengan baik dan meningkatkan perasaan kesejahteraan anda. Tryptophan didapati secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan, termasuk kacang dan bijian, yang mudah untuk dibuat makanan ringan.

Anda tidak perlu berketerlaluan dengan diet anda untuk memastikan anda mendapat segala nutrien yang membantu. Sumber nutrien yang baik termasuk ikan berminyak, buah-buahan, kacang, biji, produk tenusu, daging tanpa lemak dan ayam itik, bijirin serta sayur-sayuran.

Perancang hidangan harian kami juga boleh membantu anda mendapatkan nutrien yang anda perlukan pada setiap trimester.


4. Dapatkan senaman
Senaman benar-benar dapat meningkatkan tahap keceriaan anda. Adalah agak selamat untuk bersenam semasa mengandung, selagi aktiviti-aktiviti anda tidak terlalu terlalu kuat. Berenang adalah ideal, sebab ia membuat badan anda kencang, dan ianya tidak terlalu keras bagi sendi anda.

Cuba menyertakan senaman dalam kehidupan seharian anda. Di tempat kerja, bangunlah dan berjalanlah selalu, terutama jika anda terikat kepada kerja pejabat. Keluar sebentar pada waktu makan tengahari untuk mendapatkan udara segar, walaupun ia hanya untuk 10 minit.


5. Bersedia untuk kelahiran
Anda mungkin bimbang tentang bagaimana rasanya sakit hendak bersalin itu. Bagaimanakah anda akan menangani sakit itu? Bagaimanakah suami anda menghadapinya? Ketahui lebih lanjut mengenai apa yang berlaku semasa pelahiran dengan mendaftar bagi kelas antenatal. Dan lihatlah seksyen sakit hendak bersalin dan kelahiran kami.

Jika anda akan menjalani caesarean terancang, bercakaplah dengan pakar obstetrik tentang apa yang akan berlaku pada hari itu. Merangkakan satu pelan kelahiran caesarean boleh membantu anda merasa lebih yakin dan mampu mengawal situasi.

Anda mungkin boleh melawat wad bersalin dan kelahiran di hospital anda terlebih dahulu. Mengetahui apa yang boleh dijangkakan bermula dari tempat di mana anda akan melahirkan bayi boleh menenangkan pemikiran anda. Ia juga akan membantu anda merangka pelan kelahiran anda.

Jika ketakutan melahirkan begitu sukar untuk dikawal sehinggakan anda lebih suka mendapatkan caesarean daripada melalui kelahiran faraj, berbincanglah dengan doktor anda. Dengan sokongan yang sesuai, anda boleh dibantu untuk mengatasi keraguan anda.

STAY TUNE & TO BE CONTINUE...

♥ ILMU : Perkembangan Fetus - 4 Minggu ♥


Terdapat bebola sel - yang kini bergelar embrio - sedang membesar dalam uterus anda dan ia telah mencapai saiz sebesar biji kuaci. Ia mempunyai tiga lapisan yang kemudiannya akan bertukar menjadi organ-organ dan tisu-tisu. Di bahagian bawah di sisi kepalanya, terdapat dua lipatan tisu yang akan menjadi telinga bayi.

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!

Tiub saraf - dari mana otak, tulang belakang dan korda spina akan tumbuh - kini membesar di lapisan atas. Jantung dan sistem peredaran mula menjelma di lapisan tengah. Lapisan ketiga mula menempatkan paru-paru, usus dan sistem urinari yang awal. Dalam pada itu, versi awal plasenta, iaitu vilus korioni dan tali pusat, yang menghantarkan makanan dan oksigen kepada bayi anda, sudah mula berfungsi.

Jika anda belum lagi mencuba ujian kehamilan rumah, mengambilnya sekarang akan dapat mengesahkan kehamilan anda. Ada tanda-tanda yang lain yang menunjukkan yang anda itu hamil. Penjagaan antenatal yang baik dan konsisten adalah antara cara yang terbaik untuk memastikan yang anda dan bayi anda sihat sepanjang kehamilan anda.

Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan.

♥ TIPS : Pantang Larang Semasa Dalam Pantang ♥

hari ni nak share pasal pantang larang dalam berpantang.
haa.. mesti mak mak korang ada citer pengalaman semasa berpantang.
so ni Sara nak share apa yang mak Sara bgtau dan juga dari pembacaan Sara.
harap dapatlah membantu para ibu dalam persedian berpantang.
masih adakah yang mengamalkan Pantang Larang Nenek Moyang ?

Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin:
  • Dilarang Tidur Tidak Berbantal
    Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.
  • Memakai Sarung Kaki (Stokin)
    Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.
  • Jangan Duduk Mencangkung
    Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.
  • Mandi Duduk Di Bangku
    Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.
  • Rapatkan Kaki Bila Tidur
    Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.
  • Jangan Terlalu Aktif
    Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.
  • Jangan Makan Ubi-Ubian
    Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.
  • Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
    Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.
  • Jangan Tidur Waktu Senja
    Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.
  • Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
    Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.
  • Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
    Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.
  • Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk
    Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.
  • Pantang 100 Hari
    Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu.
  • Cara Mandi
    • Daun nangka, daun pandan, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang.
    • Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Guna menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun.
    • Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.
  • Cara Berbaring / Tidur
    Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalahdigalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.

Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang
  • Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 tujuh adalah digalakkan untuk menjaga kesihatann ibu-ibu semasa dalam pantang. Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.
  • Berbedak juga dapat menjaga kesihatan ibu0ibu selama dalam pantang supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasukki angin. Lakukan cara ini pagi dan petang selama sebulan.
  • Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar.
  • Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklha dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.
  • Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.
  • Duduk mencangkung semasa dalam pantang adalah dilarang, kerana cara ini boleh membuatkan peranakan turun dan melemahkan otot-otot perut.
  • Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.
  • Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.
  • Buah anggur, berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.
  • Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.
  • Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah.

SELAMAT BERPANTANG IBU-IBU !

♥ TIPS : Diet Ketika Hamil Vol. 2 ♥

Dalam sebuah dunia yang ideal – bebas dari mabuk hamil atau makanan yang tidak disukai – diet seimbang adalah apa yang wanita hamil perlukan. Tetapi dalam dunia nyata, vitamin-mineral tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien anda. Tanya kepada doktor anda sama ada anda perlu mengambil vitamin tambahan atau tidak.

Asid folik adalah satu tambahan yang penting untuk diambil sebelum anda hamil – dan pada tiga bulan pertama atau lebih semasa kehamilan. Kekurangan vitamin B ini telah dikaitkan dengan kecacatan tiub saraf pada bayi seperti spina bifida. Positive Parenting, program pendidikan pakar yang ditubuhkan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia menekankan bahawa asid folik tambahan perlu diambil untuk mencegah kecacatan kelahiran – anda boleh dapatkan preskripsi daripada doktor anda.

Sesetengah pakar mencadangkan supaya anda mengambil makanan tambahan yang mengandungi 10 mcg Vitamin D setiap hari. Jika anda orang Asia dan anda memakai pakaian tertutup anda mungkin lebih berisiko untuk mengalami kekurangan Vitamin D – berjumpalah dengan doktor anda untuk nasihat.

Semasa kehamilan, sesetengah wanita perlu mengambil zat besi tambahan. Tahap zat besi akan diperiksa berkala semasa kehamilan anda dan doktor anda akan menasihatkan anda mengenai keperluan anda.

Jika anda adalah seorang vegetarian yang ketat, mempunyai penyakit seperti diabetis, diabetis kehamilan, praeklampsia atau anemia atau jika anda mempunyai sejarah berat kelahiran yang rendah, berbincanglah dengan doktor anda mengenai makanan tambahan khas yang anda perlukan.

Ingatlah bahawa jumlah yang lebih banyak tidak selalunya lebih baik: Vitamin A tambahan yang mengandungi retinol, bentuk vitamin A berasaskan haiwan, boleh menjadi toksik kepada bayi dalam kandungan jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Vitamin A jenis karotin berasaskan tumbuhan adalah selamat untuk kehamilan. Dos yang tinggi bagi kebanyakan vitamin dan mineral boleh membahayakan bayi anda yang sedang membesar.

Jangan berdiet
Berdiet semasa kehamilan mungkin berbahaya kepada anda dan bayi anda yang sedang membesar. Sesetengah diet boleh menyebabkan anda kekurangan zat besi, asid folik, dan vitamin dan mineral penting yang lain. Ingatlah bahawa pertambahan berat badan adalah salah satu tanda positif bagi kehamilan yang sihat.

Wanita yang sempurna makan dan menambahkan berat badan dengan baik cenderung mendapat bayi yang sihat. Jadi, jika anda mengambil makanan segar, berkhasiat dan menambahkan berat badan, elok relaks saja: anda memang sepatutnya menjadi lebih besar!

Jika anda terlebih berat badan, anda boleh mengubahsuai diet anda, mengurangkan makanan ringan dan melakukan senaman (berjumpa dengan doktor anda dahulu). Kajian menunjukkan bahawa dalam keadaan ini, ia adalah selamat untuk tidak menambahkan atau mengurangkan berat badan semasa kehamilan anda kerana simpanan lemak badan anda akan membekalkan kalori yang secukupnya kepada bayi anda.

Tambahkan berat badan secara perlahan
Penambahan berat badan berbeza di kalangan individu dan bergantung kepada banyak faktor. Walaupun berat anda akan diambil ketika anda berjumpa dengan doktor anda, ingatlah bahawa tiada bukti penambahan berat badan memberi kesan kepada kesihatan bayi anda.

Purata tambahan berat badan semasa kehamilan adalah di antara 8 kilo / 18 paun dan 15 kilo / 32 paun. Tumpukan kepada pengambilan diet yang sihat: banyak karbohidrat, banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, protin dalam jumlah sederhana dan lemak dan gula dalam jumlah sedikit.

Apabila berat badan anda bertambah, jumlah pertambahan juga adalah penting. Ramai wanita hanya menambah sedikit berat badan semasa trimester pertama dan akan meningkat secara berterusan, dengan jumlah paling banyak diletakkan pada trimester ketiga semasa bayi sedang giat membesar.

Makan hidangan kecil setiap beberapa jam
Walaupun anda tidak lapar, kemungkinan bayi anda berasa lapar, jadi cuba makan setiap empat jam. Dan jika mabuk hamil, tidak suka makanan tertentu, pedih hulu hati atau ketakcernaan membuatkan anda sukar untuk makan, anda boleh cuba mengambil lima atau enam hidangan kecil daripada hidangan yang lebih besar untuk memudahkan badan anda menerima makanan.

Ingatlah bahawa bayi anda yang sedang membesar kerap memerlukan zat makanan, jadi jangan tinggalkan apa-apa santapan.

Makanan tak sesuai kadang-kala adalah OK
Anda tidak perlu meninggalkan semua makanan kegemaran anda disebabkan kehamilan anda. Tetapi makanan dan snek yang diproses dan pencuci mulut yang manis seelok-eloknya bukanlah makanan utama dalam diet anda. Jadi untuk snek, cuba makan buah pisang berbanding dengan ais krim atau sorbet beku buah-buahan berbanding dengan cendol. Tetapi jangan rasa bersalah jika anda hanya makan biskut kadang-kala. Nikmatilah setiap gigitan!

♥ TIPS : Bag Packing - Hospital Bag ♥


Keperluan semasa peringkat awal pelahiran

Kemungkinan besar anda akan memerlukan:

  • Gaun santai -- berguna jika anda teringin berjalan mundar-mandir di koridor hospital semasa permulaan pelahiran.
  • Kasut selipar.
  • Stoking -- percaya atau tidak, kaki anda boleh menjadi sejuk semasa pelahiran.
  • Gaun tidur atau kemeja-T lama untuk dipakai semasa pelahiran, jika anda tidak mahu memakai gaun hospital. Ia mungkin akan menjadi agak kotor, jadi jangan beli sesuatu khas untuk dipakai di hospital.
  • Minyak urut atau losyen jika anda ingin diurut semasa pelahiran anda.
  • Balm bibir.
  • Makanan snek dan minuman untuk anda semasa anda dalam peringkat pelahiran, atau sedikit tablet glukosa untuk membolehkan anda terus bertenaga.
  • Jam tangan dengan jarum saat, untuk mengukur jangka kontraksi anda.
  • Kamera digital atau kamkoder. Jika anda mahu membawa kamkoder, semak dengan pihak hospital dahulu -- tidak semua hospital membenarkannya di dalam bilik bersalin.
  • Bahan-bahan yang menenangkan: buku, majalah, permainan dan sebagainya.
  • Gambar seseorang atau sesuatu yang anda kasihi (inspirasi yang anda mungkin perlukan untuk bertahan hingga ke akhir).
  • Mesin kelegaan kesakitan TENS jika anda bercadang untuk menggunakannya.
  • Kelengkapan dandanan diri.
  • Penyembur air, atau kipas tangan untuk memastikan anda sentiasa nyaman.
  • Muzik untuk didengar.


Untuk teman pelahiran anda
Suami anda pula akan memerlukan:

  • Sepasang pakaian untuk ditukar.
  • Makanan snek dan minuman -- anda tidak mahu teman pelahiran yang ternyahhidrat serta kelaparan menjaga anda!


Untuk selepas bersalin
Semasa di hospital, anda mungkin memerlukan:

  • Pakaian balik rumah. Ianya akan mengambil sedikit masa untuk perut anda mengecut jadi anda masih akan memakai pakaian mengandung apabila anda pulang ke rumah -- maaf ya!
  • Bra menyusu / NUrsing Bra -- dua atau tiga helai.
  • Pad bra untuk bila susu badan anda mula mengalir.
  • Tuala wanita selepas bersalin -- beberapa bungkus.
  • Kelengkapan dandanan diri.
  • Tuala, sikat rambut, berus gigi dan ubat gigi.
  • Tablet Arnica untuk membantu mengurangkan lebam selepas bersalin. Walaupun tidak terdapat bukti kukuh bahawa ianya betul-betul berkesan, namun ramai wanita melaporkan bahawa mengambil arnica dapat mengurangkan lebam serta menolong mempercepatkan proses pemulihan.
  • Penyumbat telinga, jika anda ditempatkan di wad yang bising!
  • Telefon bimbit anda – serta pengecasnya!


Untuk bayi anda (sila klik utk checklist sebelum ni)
Si manja akan memerlukan:

  • Sebuah kerusi kereta bayi.
  • Sepasang pakaian untuk perjalanan pulang ke rumah (pakaian lembut menganjal semua-dalam-satu adalah paling mudah). Pihak hospital menyediakan gaun bayi untuk bayi anda semasa di hospital.
  • Selimut bayi (yang tebal jika cuaca sejuk).
  • Lampin.
  • Sepasang stoking atau buti bayi.
  • Topi.
  • Kain muslin.

Sebaik sahaja anda telah pengemas beg hospital anda, ingatkanlah diri anda tentang tanda-tanda awal pelahiran supaya anda tahu bila tiba waktu anda hendak bersalin!

♥ ILMU : Durian VS Kehamilan ♥


Dijawab oleh Dr Patrick Chia

Sesetengah komuniti di Asia masih mengekalkan pantang larang tidak makan durian semasa kehamilan. Sebagai contoh, pendekatan tradisional orang Cina untuk kesihatan, durian dianggap terlalu “panas” untuk dimakan semasa kehamilan. Oleh sebab itu, kebanyakan komuniti orang Cina di Asia Tenggara menasihatkan bakal-bakal ibu untuk tidak makan raja buah ini.

Dengan tegas dinyatakan bahawa tidak terdapat sebarang kajian mengenai keselamatan makan durian semasa kehamilan. Pada masa yang sama, sains moden tidak menjumpai sebarang sebab untuk mengatakan ianya tidak selamat untuk makan durian. Tiada sebarang sebab untuk mengatakan bahawa makan durian semasa kehamilan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi pada bakal-bakal ibu atau ruam lampin pada bayi baru lahir.

Walau bagaimanapun, seorang wanita yang hamil hendaklah makan durian dalam jumlah yang sedikit kerana buah ini mengandungi banyak gula dan karbohidrat – dua ulas yang bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 60 kalori. Durian adalah dalam kumpulan makanan yang mengandungi glisemia tinggi, oleh sebab itu, adalah baik untuk menghadkan pengambilannya semasa kehamilan. Mereka yang mempunyai diabetis kehamilan hendaklah mengelakkan diri daripada makan durian kerana kandungan gulanya yang tinggi.

Beberapa orang penyelidik telah menekankan faedah sulfur organik dan triptofan yang terdapat dalam durian. Sebatian-sebatian ini mengandungi kesan antioksida. Ia juga mengandungi ciri-ciri antimikrob, antibakteria dan antikulat yang baik untuk kehamilan.

sudah terjawabkah persoalan anda ? ya saya tahu ibu-ibu di luar sana terlalu meninginkan makan durian di kala kehamilan tambahan lagi pada musim durian. nyum nyum nyum ! oke over lak. so amik 2 ulas sudah memadai kan ? sekadar menjamah orang kata. oke lah jumpa lagi. daa~!!

♥ TIPS : Diet Ketika Hamil Vol.1 ♥



Kemaskinikan diet anda – walaupun anda sememangnya mengamalkan diet yang sihat.

Oleh sebab kini anda adalah bakal ibu, ia penting untuk mencuba dan menambahkan pengambilan vitamin dan mineral tertentu (seperti asid folik dan zat besi). Anda juga perlu menambahkan sedikit pengambilan kalori anda sepanjang kehamilan anda.

Jika diet anda tidak begitu baik pada mulanya, membuat perubahan diet anda dengan mengambil hidangan yang berkhasiat dan seimbang adalah lebih penting. Hadkan makanan ringan sebab ia hanya membekalkan kalori kosong iaitu kalori dengan sedikit atau tiada nutrien.

Badan anda akan menjadi lebih efisyen apabila anda hamil dan ia dapat menggunakan tenaga yang didapati dari makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Secara amnya, wanita tidak perlu kalori tambahan pada enam bulan pertama kehamilan dan hanya sebanyak 200 kalori tambahan setiap hari untuk tiga bulan terakhir.

Dua ratus kalori bersamaan dengan:
  • dua keping roti gandum penuh dan marjerin/mentega;
  • segulung kuih popia (tidak digoreng);
  • tosai kosong (tanpa kuah atau kari);
  • sekeping keju dengan roti.

Selera makan anda adalah petunjuk terbaik untuk mengetahui berapa banyak makanan yang anda perlu ambil. Anda akan dapati selera anda turun naik semasa kehamilan anda:
  • Pada beberapa minggu pertama, selera makan anda akan berkurangan secara dramatik dan anda tidak mahu makan hidangan penuh, terutamanya jika anda mengalami loya atau mabuk.
  • Semasa pertengahan kehamilan anda, selera makan anda adalah sama dengan sebelum anda hamil atau bertambah sedikit.
  • Pada waktu akhir kehamilan, selera makan anda akan bertambah tetapi jika anda mengalami pedih hulu hati atau satu perasaan kekenyangan selepas makan anda mungkin boleh makan dengan kerap tetapi dengan jumlah sedikit.
Perkara yang perlu diingat ialah makan apabila anda berasa lapar. Jangan risau mengenai perubahan selera makan anda asalkan anda mengikuti nasihat yang diberikan mengenai jenis makanan yang perlu anda ambil dan berat badan anda bertambah pada kadar yang betul, yang akan diawasi oleh pakar obstretik anda.

Makanlah ikan-ikan yang sesuai
Pakar-pakar secara amnya mencadangkan wanita hamil dan kanak-kanak di bawah 16 tahun supaya tidak makan ikan jerung, ikan todak atau mersuji kerana mungkin ia mengandungi tahap merkuri yang tidak selamat. Anda juga perlu elakkan ikan yang memakan di dasar seperti ikan duri kerana mungkin mereka makan bahan pencemar.

Mereka juga menasihatkan wanita hamil dan menyusu, dan mereka yang bercadang untuk hamil, supaya makan tidak lebih daripada empat biji tin tuna bersaiz sederhana atau dua keping stik tuna segar dalam seminggu. Nasihat ini adalah berdasarkan dua biji tin bersaiz sederhana dengan berat bersih 140g setin dan stik tuna segar yang mempunyai berat 40g apabila dimasak atau 170g semasa mentah. Anda juga boleh memilih sardin, ikan bilis dan makerel (selalunya dalam hidangan ikan bakar) kerana ikan-ikan yang lebih kecil ini juga mempunyai kandungan minyak yang tinggi.

Ikan mengandungi protin, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3 yang tidak akan dibekalkan kepada bayi anda jika anda langsung tidak mengambil ikan. Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai faedah ikan untuk pembesaran bayi anda dan bagaimana mendapatkan keseimbangan ikan yang sesuai dalam diet anda.

Sesetengah makanan adalah paling tidak sesuai
Semasa kehamilan, anda perlu elakkan daripada mengambil:
  • Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.

  • Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam laksa itu sebab anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak.

  • Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya – pastikan supnya dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.

  • Keju dengan kulit ari yang putih dan “bercendawan” seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.

  • Pate, daging kurang masak, ayam itik dan telur (masaklah semua daging sehingga tidak terdapat bahagian merah jambu dan masaklah telur sehingga ia keras). Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.

  • Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan sebab mungkin semua itu mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi anda yang sedang membesar.

  • Sesetengah wanita disarankan supaya mengelakkan daripada mengambil kekacang dan makanan yang mengandungi kekacang. Jika anda, suami anda atau mana-mana anak-anak anda yang lain (jika ada) mempunyai sejarah alahan seperti demam alergi, asma atau ekzema, mengelakkan kekacang semasa kehamilan dan penyusuan boleh mengurangkan peluang bayi anda untuk mendapat alahan kekacang yang serius.

  • Ramai wanita memilih untuk mengelakkan atau mengurangkan minuman beralkohol semasa kehamilan. Minum alkohol terlalu banyak akan menyebabkan kecacatan fizikal, kehilangan upaya belajar dan masalah emosi dalam kanak-kanak, jadi ramai pakar mencadangkan supaya anda jangan mengambil alkohol langsung semasa anda hamil.

  • Anda juga mungkin mahu mengurangkan pengambilan kafein. Ini mungkin mudah bagi wanita yang tiada selera dengan kafein semasa trimester pertama mereka tetapi ini tidak bermakna ia berlaku pada semua orang. Kenapa kafein merupakan satu masalah?

Kajian telah menunjukkan kaitan mengambil lebih daripada 300mg kafein dalam satu hari dengan peningkatan risiko keguguran dan berat kelahiran yang rendah dan satu kajian telah menunjukkan kaitan pengambilan kafein dalam tahap rendah dengan keguguran. Untuk keselamatan, anda boleh ambil tidak lebih daripada tiga cawan kopi segera, tiga cawan kopi keras, enam cawan teh atau lapan tin kola sehari. Anda juga mungkin mahu lebih berhati-hati dan mengurangkan lagi pengambilan kafein atau bertukar ke minuman panas dan kola tanpa kafein.

Bersambung / To Be Continued..

♥ ILMU : Mengapa asid folik diperlukan ? ♥


Apakah asid folik?
Asid folk adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu.

Kenapakah saya perlukan asid folik?
Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?
Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Apakah sumber makanan yang terbaik?
Makanan yang kaya folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan kaya folat:

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 kubis brussels;
  • kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.

NOTA ! Asid folik dalam makanan akan musnah jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.

♥ TIPS : Supplement For Preggy Mommies ♥


Apakah sebenarnya tujuan pengambilan supplement dan vitamin semasa hamil? Kat sini ada beberapa senarai vitamin dari jenama Shaklee yang terkenal. kebanyakkan mommies pn mmg suggest utk ami dari Shaklee sb berkesan dan bagus. plus Shaklee adalah halal dan mempunyai barangan produk kesihatan dan kecantikkan yang lain juga. owh Sara bermula dengan Beauty Skin Set. poyos nk kulit cantek. haha. so yang ni Sara senaraikan Supplement For Preggy Mommies. owh ya jangan pikir Shaklee je ada supplmenet sebegini masih banyak lg di luar sana supplement yang boleh di ambil contohnya BlackMores ke dan sbgnya. 

Vitamin A
  • Mengelakkan rabun malam
  • Membina sel otak
  • Mengelakkan kelesuan

*Umum mengetahui bahawa Vitamin A boleh menjadi toksik jika diambil berlebihan. Oleh itu vitamin A diambil dalam bentuk multivitamin, dan jika perlu hanya ambil dalam bentuk pro-vitamin A.

Produk Shaklee untuk vitamin A : Vitalea

- Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
- Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*

*juga mengandungi Vitamin K yang berfungsi sebagai
- pembekuan darah
- mengurangkan pendarahan



Produk Shaklee untuk pro-vitamin A : Carotomax

Karotenoid yang paling berkhasiat
- Purata pengambilan karotenoid, lutein, lycopena dan beta-karotena adalah 8 mg setiap hari manakala CarotoMax pula dapat membekalkan lebih 13 mg daripada karotenoid yang paling berkhasiat.
- Membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang serta kesihatan mata*
- Biasanya disimpan dalam organ-organ tubuh kerana ia bersifat larut dalam lemak.
- Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, ekstrak biji benih anggur, ekstrak brocoli bertunas, minyak jagung, minyak palma dan marigold.

Dalam CarotoMax mengandungi karotenoid menyamai dengan
- Beta Karotena Sama dengan 102 porsi Pisang
- Lycopena sama dengan 714 porsi Aprikot
- Lutein dan Zeaxanthin sama dengan 285 porsi pink grapefruitAlpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi
- Alpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi

Vitamin B Complex

B Complex sepatutnya mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B termasuklah asid folik. Namun biasanya kita selalu dengar tentang asid folik sahaja. Apakah kepentingan vitamin-vitamin B yang lain?

Vitamin B1 (thiamine)
  • membina jaringan fungsi saraf, otot dan otak.
  • menukarkan glukosa dan protein dalam makanan kepada tenaga
  • mengelakkan diabetes

Vitamin B2 (riboflavin)
  • menjaga kekuatan myelin iaitu saraf yang menyambungkan maklumat
  • menguatkan fungsi otak

Vitamin B3 (niasin)
  • memberi tenaga, mengelakkan kelesuan
  • mengurangkan perasaan stress dan tertekan
  • memberi ketenangan

Vitamin B5 (pathotenic acid)
  • mengelakkan kekejangan otot

Vitamin B6 (pyriodoxine)
  • membantu mengelakkan komplikasi semasa hamil seperti kelahiran pramatang dan pre-eklampsia
  • memberi tenaga
  • menghilangkan rasa lesu

Vitamin B9 (folic acid)
  • penting dalam sintesis DNA dan pembahagian sel di awal kehamilan
  • mengurangkan risiko spina bifida pada bayi
  • menjaga fungsi saraf
  • mengelakkan kurang darah

Vitamin B12 (cyanocobalamin)
  • mencegah anemia
  • menjaga kesihatan kulit
  • mencegah kelesuan


Produk Shaklee yang mengandungi vitamin B : B Complex

Vitamin B Penting untuk Kesihatan
- Adakah anda mendapat Vitamin B yang mencukupi? Tekanan hidup, alkohol dan ubat-ubat preskripsi berunsurkan dadah berupaya meningkatkan risiko pengurangan Vitamin B di dalam tubuh. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisme.

Vitamin C
  • Membantu menyerap zat besi
  • Membantu dalam sintesis protein
  • Mencegah komplikasi semasa hamil seperti kelahiran yang kurang berat badan, anemia, etc.
  • Mencegah selesema

Produk Shaklee untuk vitamin C : Vita-C 500mg Sustained Released

Bekalan Vitamin C secara Semulajadi
Badan anda berupaya mampu melakukan banyak perkara tetapi ianya tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:
- Kandungan Vitamin C yang tinggi.
- Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
- Formulasi yang membantu mengekalkan kesihatan gigi, gusi dan tulang.

Vitamin D
  • penting dalam penyerapan kalsium
  • mengelakkan penyakit reput tulang kepada ibu dan anak yang dikandung
  • mengelakkan kekejangan otot

Produk Shaklee dengan vitamin D : Ostematrix – Calcium, Magnesium & Vitamin D

Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:

OsteMatrix Membekalkan:
- 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
- 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
- 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Vitamin E
  • Menjaga saraf dan otot
  • Mengelakkan keguguran
  • Sebagai antioksidan

Produk Shaklee untuk vitamin E : Vita-E Complex
Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Tufts menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E berupaya meningkatkan fungsi keimunan pada warga tua.¹
Satu kapsul gel lembut membekalkan:
- 400 IU vitamin E dari sumber semulajadi.
- 10 mcg selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti vitamin E



Selain vitamin, mineral juga diperlukan oleh ibu hamil untuk pelbagai fungsi.

OmegaGuard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Penyelidikan menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.

Ultratulen dan Bergred FarmaseutikalOmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Minyak Ikan Terbaik Di DuniaMengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

Energizing Soy Protein - Vanilla membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi

Energizing Soy Protein merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

Tumbuhan berprotein yang berkualiti tertinggi dengan kandungan 14 gram protein soya sihat dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan
- Membantu mengekalkan kepejalan otot
- Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
- Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal
- Menambahkan dan memperbanyakkan penghasilan susu semasa hamil.
Selamat Menempuh Alam Kehamilan ~!
Jaga Kesihatan, Jaga Diri, Jaga Peribadi

*produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...