Blog ini telah di lahirkan untuk menjejaki rentetan perjalan kehidupan kami sebagai seorang IBU / EMAK / MAMA / MUMMY / UMIE / BONDA & ABI / ABAH / PAPA / DADDY / WALID / AYAHNDA kepada permata hati kami. Blog ini juga untuk di jadikan kenangan kepada permata hati kami untuk memahami suka duka perit pedih gembira bahagia tatkala membesarkan mereka. Harapan kami agar anda semua sudi berkongsi pengalaman / pendapat / buah fikiran / cadangan dan sebagainya dengan menitipkan sedikit nasihat bernas untuk permata hati kami di ruangan komen. Terima kasih dan semoga hidup anda di rahmati oleh-Nya. BUT AM NOT MOMMIES-TO-BE ! just wanna share the ILMU & Experienced from frens that I know serba sedikit. haha !

Fan Pages : HERNYZAR HELMIZAN

Sunnah Rasulullah SAW dalam menyambut kelahiran bayi

as'salam dan salam sejahtera para ibu.
disini ingin bonda kongsikan video dari Islamin Parenting Network
untuk di jadikan panduan kita bersama.
in-sya-Allah

mohon para pembaca semua pause / stop melody lullabies terlebih dahulu. terima kasih.



di sini bonda senaraikan sunnah Rasulullah SAW dalam menyambuk kelahitan bayi.


1. Mengazankan bayi
- bagi memperdengarkan kepada bayi zikrullah Allah SWT supaya ia menjadi pelindungnya daripada syaitan yang direjam
- azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri bayi

2. Bertahnik
- seeloknya di lakukan dengan buah kurma atau rutob (kurma muda) atau madu

3. Menamakan bayi
- menamakan bayi pada hari ke-7 selepas kelahirannya

4. Bercukur
- disunatkan pada harike-7 kelahiran bayi dicukur kepalanya sehingga habis

5. Menderma berdasarkan berat rambut bayi
- Menimbang rambut bayi yang dicukur itu kemudian mendermakan perak dengan timbangan tersebut. Namun, ulamak menyatakan jika hendak didermakan dalam bentuk emas maka ia lebih baik untuk muslimin dan fakir miskin.

6. Aqiqah
- 2 ekor kambing untuk lelaki dan seekor kambing untuk perempuan
- wajid menghadiri jemputan aqiqah bagi menunjukkan rasa syukur dan gembira dengan kelahiran bayi tersebut.

7. Berkhatan
- wajib bagi anak lelaki dan digalakkan bagi anak perempuan

8. Keinginan untuk menyampaikan berita gembira dan mengucapkan tahniah
- sunat untuk mendoakan "Moga Allah berkatimu dengan pemberiaNya, semoga kau beryukur kepadaNya, semoga Allah kurniakan mu keberkatan dan petunjuk dariNya"


bersama kita amalkan sunnah Rasulullah SAW untuk kesejahteraan kehidupan bersama. in-sya-Allah.
semoga ilmu dapat dikongsikan bersama kepada para pembaca diluarsana. Wassalam.

Set Berpantang Shaklee


as'salam dan salam sejahtera.
kawan kawan bonda. ibu-ibu, mak-mak dan mama-mama.
apa khabar? bonda harap semuanya sehat.
lama bonda menyepi diri. agak sibuk sedikit.
tp masih cuba utk berkongsi ilmu dengan bakal ibu dan ibu-ibu di luar sana.
hari ni bonda nak share tentang Set Berpantang dari Shaklee.


 ini adalah set berpantang dari Shaklee.
jom kita tengok kebaikkan Set Berpantang dari Shaklee ini.


VITA LEA WITH IRON FORMULA

* Ibu yang sedang berpantang di galakkan mengambil Vita Lea sebab semasa dalam pantang banyak makanan yang kita tidak boleh makan, oleh itu, tenaga kita akan berkurang.
* Ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin, oleh itu ibu perlu mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat bagi menggantikan semula darah yang hilang.
* Mengandungi zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.
* Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu pucat, letih dan lesu serta tidak bermaya.
* Kalau nak breastfeeding baby, pengambilan zat besi adalah sangat penting.
* Vita Lea tak boleh di ambil dgn minuman bersusu kerana ia akan mengurangkan efisinsi penyerapan zat besi oleh badan.


B COMPLEX

* Membantu menstabilkan hormon badan kita
* Jika kurang B complex boleh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi..
* Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.
* Menukarkan makanan kpd tenaga






ZINC COMPLEX

* Ibu2 yg xmakan ikan haruan atau pati ikan haruan zinc complex adalah pengganti yang tepat kepada makanan tersebut.
* Galian yang sangat penting dlm membantu proses pemulihan.
* Membantu proses baik luka dalam badan kita terutama luka dalaman (rahim).
* Pengambilan zink bagi ibu yg menyusu akan membantu anak yg disusukan membesar dengan baik.
* Mengurangkan masalah rambut gugur
* Membantu masalah KEDINGINAN selepas bersalin.


VITA C

* Berkonsepkan pelepasan masa.
* Ia melepaskan Vitamin C secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan dan demi memastikan badan kita sentiasa cukup Vitamin C dalam meningkatkan antibodi secara konsisten.
* Vita C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.
* Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.
* Memperbaiki tisu sel yg rosak semasa bersalin.


selain daripada Set Berpantang diatas, ibu-ibu boleh juga menambah supplement seperti ESP dan Omega Guard untuk penambahan susu semasa menyusukan bayi anda.


Energizing Soy Protein (ESP)

Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy.  Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.

OsteMatrix

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.





ini adalah perkongsian dari bonda.
terpulang kepada ibu-ibu untuk mengambil supplement ini atau tidak.
cuma ini adalah pemerhatian dari keluarga yang mengamalkan dan
pengalaman dari sahabat handai. moga-moga ia dapat membantu para ibu diluar sana. in-sya-Allah.

Azoospermia

as'salam dan salam sejahtera.
para pembaca blog ibu-ibu. hehe.

hari ni bonda ada terbaca satu artikel berkenaan tentang kesuburan. tipikal malay biasanya akan menyalahkan wanita jika mereka tidak hamil. tapi mereka lupa ketidaksuburan juga ada pada lelaki.

wanita sering dikaitkan dan disalahkan jika tidak hamil setelah beberapa ketika berkahwin. apabila berjumpa kebanyakkannya hanya wanita yang menjalani ujian kesuburan. dan jika berjumpa doktor biasa akan memberi ubat subur untuk pasangan wanita sebagai penggalak kesuburan. di mana ubat subur yang di berikan untuk kes wanita yang tidak mengeluarkan telur secara teratur. bukan itu sahaja malah doktor masih perlu membuat beberapa ujian terhadap wanita.

tapi untuk kaum lelaki, mereka juga perlu menjalani ujian kesuburan. pendapat peribadi bonda, kaum suami / lelaki juga perlu menjalani ujian kesuburan iaitu ujian analisa air mani. mengikut fakta hampir 40% dari punca tidak subur adalah disebabkan oleh masalah pada lelaki. masih ada peratusannya pada lelaki bukan?

Apa itu azoospermia?

Tiada sperma atau dalam istilah perubatan adalah azoospermia. ia merupakan ujian analisa ke atas air mani.
dimana ia dikaitkan dengan tahap kesuburan dan kemandulan. Dari ujian analisa air mani kita dapat menentukan samada ianya normal, kurang atau tiada benih.

gambar diatas menunjukkan kiraan normal dan kurang sperma.

semasa bonda menjalani praktikal di HTAR, Klang bonda berkesempatan untuk menjalankan ujian analisa saringan air mani untuk beberapa orang pesakit. di mana bonda perlu mentafsir air mani bagi mereka yang tidak mempunyai anak setelah beberapa tahun perkahwinan. itu satu pengalaman yang tidak dapat bonda lupakan. pelbagai bentuk fizikal (likat & cair) / warna / bau air mani yang bonda temui. paling menyedihkan apabila mendapati air mani kekurangan sperma, sperma bergumpal sprti gugusan buah anggur, sperma lemah tidak dapat berenang dan sebagainya. banyak faktor yang mempengaruh kesuburan sperma. terutama sekali pemakanan dan gaya hidup.

itu ujian analisa ke atas air mani, namun masih terdapat beberapa kes ketidaksuburan bagi lelaki. contohnya seperti sperma yang terkumpul dalam pundi kencing (retrograde ejaculation). untuk kes sebegini perlu menjalani pembedahan kecil pada kantung zakar (PESA / TESE).


PESA (Percutaneous Epididymal Sperm Aspiration) and TESE (TEsticular Sperm Extraction) adalah prosedur untuk mendapatkan sperma yang dihalang dari meninggalkan kawasan testis. Ini yang dikatakan tidak mempunyai sebarang sperma dalam air mani. Jika tiada sperma, tisu testis akan diambil sedikit untuk mengenalpasti kehadiran spermatozoa matang.

terdapat juga ketidaksuburan lelaki berpunca dari kedudukan testi dan zakar yang tidak pada kantungnya. ini dipanggil Undecsended Testis dimana kedua-kedua kelenjar testis boleh dirasai pada bahagian pangkal paha atau lebih tepat, inguinal.

gambarajah di atas merupakan kedudukan testis yang bukan pada kedudukannya.

dengan ujian ultrasound dapat mengesan kehadiran kelenjar yang menyerupai testis pada bahagian inguinal. manakala ujian hormon menunjukkan nilai FSH dan LH yang sangat tinggi (>40 miu/ml). Dalam keadaan seperti ini di mana testis atau zakar tidak berada di tempatnya testis akan terdedah kepada suhu badan yang tinggi dan akan mengalami kegagalan. dengan erti kata lain adalah mandul.

walauapapun berita yang kita dapat.
kita kembali kepada Allah taala.
dimana setiap apa yang berlaku itu adalah ketentuan dariNya.
kita sebagai hambaNya hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal.
seterusnya kita berserah kepada Yang Maha Esa.

وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ
"Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku" - [As-Syu'ara':80]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...