Blog ini telah di lahirkan untuk menjejaki rentetan perjalan kehidupan kami sebagai seorang IBU / EMAK / MAMA / MUMMY / UMIE / BONDA & ABI / ABAH / PAPA / DADDY / WALID / AYAHNDA kepada permata hati kami. Blog ini juga untuk di jadikan kenangan kepada permata hati kami untuk memahami suka duka perit pedih gembira bahagia tatkala membesarkan mereka. Harapan kami agar anda semua sudi berkongsi pengalaman / pendapat / buah fikiran / cadangan dan sebagainya dengan menitipkan sedikit nasihat bernas untuk permata hati kami di ruangan komen. Terima kasih dan semoga hidup anda di rahmati oleh-Nya. BUT AM NOT MOMMIES-TO-BE ! just wanna share the ILMU & Experienced from frens that I know serba sedikit. haha !

Fan Pages : HERNYZAR HELMIZAN

♥ TIPS : Untuk Mendapatkan Anak Yang Pintar ♥

Salam my readers. kat sini Sara nak share sket berkenaan TIPS untuk mendapatkan anak yang pintar. InsyaAllah. Artikel ni telah di kongsi bersama oleh Encik Azizan Jamaludin. untuk semua bakal2 ibu dan bapa. Selamat membaca kepada Pengantin Baru yang bakal menjadi ibu dan bapa. (o^_^o)V~!

En. Azizan Jamaludin, Pn. Sikin and Ayma

BEBERAPA PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEMASA IBU MENGANDUNG:
  • Buatkan Solat Hajat selalu supaya mendapat anak yang cerdik, comel, sihat dan sebagainya
  • Berjimaklah mengikut Sunnah Rasulullah. rajin rajin juga menelaah berkaitan ini pada buku buku rujukan.
(untuk entry yang saya tulis boleh RUJUK DI SINIdan SINI).
  • Ketika mengandung 4bulan 10hari, lakukan Aktiviti Ransangan terhadap kandungan anda. Kenapakah perlu menunggu sehingga 4bulan 10 hari ? Ini adalah kerana ketika inilah, roh bayi akan ditiup ke dalam rahim ibunya.
  • Ketika menlakukan Aktiviti Rangsangan, bacakan perkara di bawah :
    • Surah AL-Fatihah
    • ABC sehingga Z
    • One Two sehingga Ten
    • Satu Dua sehingga Sepuluh
    • Alif Ba Ta sehingga Ya
  • Lakukan aktiviti ini sekurang-kurangnya 5 x sehari iaitu selepas melakukan solat fardu.
  • Cara melakukannya. Usap dan gosokkan pada perut dan ucapkan "Anak, Mari belajar ye sayang". Buat aktiviti rangsangan ini sehingga tiba saat bersalin.
  • Banyakkan membaca al-Quran
  • Banyakkan mendengar al-Quran( (mp3)
  • Banyakkan bersedekah:
    • masjid
    • beri makan pada kucing
    • orang dalam kesusahan
    • sedekahkan al-Fatihah pada yang telah tiada
  • Setelah berusaha, bertawakallah dan berdoa:
    • semoga mendapat anak yang soleh / solehah
    • semoga mendapat anak yang cerdik dan pintar
    • semoga mendapat anak yang sihat dan sempurna
    • semoga keluarga menjadi tersohor dan terunggul di rantau ini
    • semoga hari ini lebih baik dari semalam
    • semoga mendapat perkhabaran gembira
  • Waktu dan tempat yang sesuai untuk berdoa:
    • tengah malam
    • hari jumaat
    • beberapa minit sebelum Maghrib
    • waktu hujan
    • waktu sakit
    • dalam sujud terakhir solat
    • selepas majlis ilmu
    • orang yang keluar di jalan Allah
    • malam Lailatul Qadar
    • Jabbal Rahmah
    • Raudhah
  • Jagalah solat 5 waktu
  • Bersangka baik. Jangan mencerca dan memandang hina pada seseorang yang serba kekurangan
  • makan makanan yang berzat dan berkhasiat dan bernutrisi. jaga lah pemakanan anda. jangan bawa balik rezeki yang haram walaupun 10 sen. banyakkan makan ikan, sayuran, kekacang dan buah kurma.
Wallahualam
Disediakan oleh: Azizan Jamaludin Tarikh Update: 20100507 


NOTE!!

~wlpn aku belom kawen dan maseh lagi jauh ke arah itu tapi ILMU ini sgt berguna buat semua bakal2 ibu dan bapa. selamat mencuba resepi kejayaan anak pintar. InsyaAllah~!


With LOVE,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...