Blog ini telah di lahirkan untuk menjejaki rentetan perjalan kehidupan kami sebagai seorang IBU / EMAK / MAMA / MUMMY / UMIE / BONDA & ABI / ABAH / PAPA / DADDY / WALID / AYAHNDA kepada permata hati kami. Blog ini juga untuk di jadikan kenangan kepada permata hati kami untuk memahami suka duka perit pedih gembira bahagia tatkala membesarkan mereka. Harapan kami agar anda semua sudi berkongsi pengalaman / pendapat / buah fikiran / cadangan dan sebagainya dengan menitipkan sedikit nasihat bernas untuk permata hati kami di ruangan komen. Terima kasih dan semoga hidup anda di rahmati oleh-Nya. BUT AM NOT MOMMIES-TO-BE ! just wanna share the ILMU & Experienced from frens that I know serba sedikit. haha !

Fan Pages : HERNYZAR HELMIZAN

♥ ILMU : Anatomi Payudara ♥

Penting untuk mengetahui anatomi payudara supaya kita faham bagaimana ia berfungsi dan bagaimana mengekalkan fungsinya… (bukan senang untuk mengekalkan penghasilan susu berterusan selama 6 bulan dan seterusnya 2 tahun!)

Payudara yang dikenal juga sebagai buah dada adalah organ yang termasuk dalam kategori organ kelamin luar wanita. Peranan utama payudara dalam kaitannya sebagai fungsi reproduksi adalah menghasilkan air susu untuk nutrisi bayi yang baru dilahirkan sampai pada usia tertentu. Pada kebudayaan tertentu di Afrika papua polinesia payudara masih dianggap organ yang tidak harus selalu ditutupi, tapi masih dilihat sebagai organ berperanan dalam reproduksi.


Payudara terdiri atas korpus mamae (badan payudara), puting susu dan areola. Korpus terdiri dari jaringan kelenjar payudara, saluran susu (duktus laktiferus), jaringan ikat, lemak, pembuluh darah, saraf dan pembuluh limfe. Puting susu dan areola merupakan bahagian dari kulit payudara. Puting mengandung ujung-ujung saraf perasa yang sensitif, dan otot polos yang akan berkontraksi bila ada rangsangan. Areola merupakan bahagian yang lebih berpigmen di sekeliling puting. Kelenjar morgagni adalah kelenjar keringat besar yang salurannya bermuara pada areola. Kelenjar ini mengeluarkan cairan yang berfungsi melemaskan dan melindungi areola sewaktu menyusui. Selain itu pada areola juga terdapat otot polos dan ujung-ujung serabut saraf. Fungsi otot polos dalam puting dan areola adalah mengurangi permukaan areola, menonjolkan puting dan mengosongkan sinus laktiferus waktu menyusui.


Kelenjar Mamari
Kelenjar mamari atau kelanjar susu adalah suatu organ yang terdapat pada mamalia betina (perempuan) untuk menghasilkan susu untuk anaknya. Kelenjar eksokrin ini merupakan ciri mamalia iaitu menyusukan anak dan juga daripada mana nama kelas “mamalia” itu sendiri terhasil.

Struktur kelenjar susu.
Komponen asas kelenjar susu adalah alveolus yang dilapisi sel perembes susu dan dikelilingi oleh sel mioepitelia. Alveolus ini berkumpul untuk membentuk sekumpulan lobus dan setiap lobus mempunyai duktus laktiferus yang menjurus ke bukaan pada puting susu. Sel mioepitelia boleh mengecut, sama seperti sel otot, dan seterusnya menolak susu daripada alveolus melalui duktus laktiferus ke arah puting di mana susu akan terkumpul pada duktus sinus di bawah areola.

Perkembangan dan kawalan hormon
Perkembangan kelenjar susu dikawal oleh hormon. Kelenjar susu sebenarnya terdapat pada kedua-dua jantina lelaki dan perempuan. Namun begitu kesan rembesan hormon pada ovari merangsang perkembangan kelenjar susu pada perempuan. Hormon estrogen menggalakkan perkembangannya manakala hormon testosterone merencat pertumbuhannya.


Pembentukan kelenjar susu sudah terbentuk sejak kelahiran lagi, iaitu pembentukan duktus laktiferus tetapi tiada alveolus. Hormon estrogen mempengaruhi pertumbuhan sistem saluran, puting dan jaringan lemak. Sedangkan hormon progesteron berperanan dalam pertumbuhan dan perkembangan kelenjar susu. Semasa akil baligh hormon estrogen mula dirangsang untuk menghasilkan cabang-cabang duktus yang kemudiannya akan berkembang menjadi alveolus. Alveolus sebenar hanya akan terbentuk semasa kehamilan dengan pertambahan hormon estrogen dan progesteron yang akan membentuk lebih banyak cabang duktus serentak dengan pembentukan lebih banyak tisu adipos dan salur-salur darah.

Selama masa kehamilan, payudara membesar akibat pengaruh hormon estrogen dan progesteron yang meningkat. Kolustrum akan mula dihasilkan pada peringkat akhir kehamilan dan seterusnya pada hari-hari awal selepas kelahiran. Umumnya air susu belum di hasilkan pada waktu kehamilan. Setelah melahirkan, kelenjar hipofisis mulai mengeluarkan hormon prolaktin yang bertanggung jawab atas produksi air susu pada kelenjar susu akibat adanya rangsang puting dari hisapan bayi. Susu sebenar akan dihasilkan beberapa hari selepas kelahiran apabila kandungan progesteron mula menurun manakala kandungan prolaktin mula meningkat. Proses pengeluaran air susu dibantu oleh kontraksi otot disekitar puting dan areola yang dirangsang oleh hormon oksitosin (hormon yang utamanya bertanggung jawab dalam kontraksi rahim saat bersalin). Hisapan bayi akan merangsang pengeluaran oksitosin yang akan merangsang pengecutan sel mioepitelia yang menyebabkan pancutan susu.

Selamat Menyusukan Bayi, ibu ibu !

♥ TIPS : 10 cara untuk mengatasi perasaan tertekan dalam kehamilan Vol. 2 ♥

Sambungan dari Vol. 1

6. Bersedia untuk kehidupan berkeluarga
Adalah perkara biasa jika anda mempunyai kebimbangan tentang bagaimana melahirkan bayi akan membawa kesan terhadap hubungan anda dengan suami atau meragukan keupayaan anda sebagai seorang ibu. Keibubapaan ialah sesuatu yang anda akan belajar semasa menjalaninya.


Jika anda ada mempunyai kawan yang mempunyai bayi muda, anda boleh menghabiskan masa dengan mereka untuk mendapatkan tip-tip berguna.


Mungkin anda merasa tertekan tentang kewangan anda, pekerjaan, hubungan suami-isteri atau perumahan? Lihat senarai organisasi dan kumpulan sokongan yang anda boleh hubungi untuk mendapatkan nasihat. Sila lihat seksyen kami tentang menjaga bayi untuk membantu anda bersedia.



7. Strategi berulang-alik ke tempat kerja
Kebanyakan wanita menjalankan kerja sehingga tarikh sebelum melahirkan. Berulang-alik ke tempat kerja boleh menjadi punca utama perasaan tertekan, dan ia menjadi lebih teruk lebih sarat anda mengandung.


Tanya majikan anda jika anda boleh mengelakkan kesesakan jalanraya, mungkin dengan bermula dan selesai lebih awal daripada biasa. Pastikan anda sentiasa berduduk semasa menaiki pengangkutan awam. Jika anda tidak dapat tempat duduk, meminta sesiapa memberi anda tempat duduknya.


Wanita hamil yang menaiki transit aliran ringan atau light rail transit (LRT)Light Rail Transit di Lembah Klang berhak mendapat keutamaan dari segi tempat duduk. Jangan berasa malu. Kebanyakan orang cukup bersedia untuk memberikan kerusi mereka, mereka hanya perlu diingatkan!



8. Hal-hal kewangan
Memang tidak dinafikan, mendapat bayi boleh mengurangkan jumlah kewangan anda. Jika anda bimbang tentang bagaimana anda boleh mampu segala-galanya, buatlah senarai barang-barang yang anda fikir anda perlukan. Tentukan barang-barang yang anda boleh pinjam daripada rakan-rakan atau keluarga.


Anda mungkin tidak akan perlu membeli semua yang ada dalam senarai anda. Beberapa bahan, seperti raga pembawa bayi, hanya boleh digunakan untuk beberapa bulan, jadi bertanya-tanyalah sekiranya ada yang boleh dipinjam. Ada kemungkinan baik barang itu berada dalam keadaan baik sebab pemilik asal hanya menggunakannya untuk dua atau tiga bulan saja! Seksyen kewangan keluarga kami mempunyai banyak idea-idea dan anda boleh berkongsi tip-tip menjimatkan wang di forum BabyCenter.


Pastikan anda mendapatkan hak penuh bagi cuti bersalin dan gaji. Dapatkan maklumat lanjut tentang apa-apa faedah tambahan yang layak diterima dengan menyemak perjanjian kolektif dengan wakil kesatuan pekerja atau kontrak pekerjaan. Dapatkan nasihat daripada pengurus sumber manusia anda.



9. Cuba terapi tambahan
Urutan adalah cara yang hebat untuk mengurangkan perasaan tertekan. Bacalah mengenai teknik-teknik urut untuk bersalin. Anda dan suami boleh mencubanya sekarang. Ini akan merelakskan anda, dan memberikan suami banyak latihan sebelum hari bersalin sebenar! Jika anda menggunakan minyak pati aromaterapi untuk urutan atau rawatan lain, adalah penting untuk memastikan ianya selamat untuk digunakan semasa hamil.


Teknik meditasi dan visualisasi positif boleh membantu. Visualisasi positif adalah di mana anda membayangkan satu gambaran senario yang damai. Cuba visualisasi kebun bunga dan lihat sama ada ia mujarab untuk anda. Pilih satu-satu masa apabila anda tahu anda tidak akan diganggu dan cuba untuk dapatkan masa sekurang-kurangnya 30 minit. Ini benar-benar boleh memanfaatkan anda, dan ia tidak melibatkan kos sesen pun!



10. Layani diri anda dengan baik
Ketawa adalah salah satu cara terbaik untuk merelakskan badan. Jadi, berjumpalah dengan kawan-kawan, tontonlah DVD lucu dengan suami anda, atau pergilah ke pawagam. Jika anda mampu, pergilah bercuti di hujung minggu dan manfaatkanlah sepenuhnya masa yang ada untuk anda bersama-sama.


Kehamilan juga masa yang paling sesuai untuk melayankan diri anda dengan semua rawatan kecantikan yang biasanya anda enggan membelanjakan wang. Jika bonjol perut menjadi terlalu besar untuk anda memotong kuku jari kaki, dapatkan pedikur. Jika anda mahu menjimatkan wang, adakan spa mini di rumah. Berbaik-baiklah dengan diri sendiri. Sesungguhnya anda berhak untuknya.

♥ TIPS : Pantang Larang Wanita Melayu ♥

as'salam dan salam sejahtera.
ibu ibu di luar sana apa khabar ? harap sehat dan di bawah kesejahteraanNya. amin.
hari ni nak berkongsi lagi berkenaan Pantang Larang. haha. suka nk share !

topik yang lepas boleh rujuk sini:


Walaupun Sara belum bergelar ibu dan belum melahirkan bayi, Sara bagai dapat merasakan keperitan dan kepayahan dalam menjalani sesi berpantang. dengan perkongsian dari mamita Sara, Pn. Zainon Abdul, dan juga beberapa orang rakan-rakan yang masih mengamalkan amalan berpantang ini, di sini Sara kongsikan intipati Pantang Larang Wanita Melayu khususnya selepas melahirkan bayi atau bersalin.

Walau betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin, tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih tekun dan rela mengikut tradisi ini. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekal minat suami. Siapa yang tak nak cantik dan siapa yang tak sayang suami kan ? Oleh itu rajin rajin lah berpantang ya sayang sayang (^________^)

Sesungguhnya, amalan-amalan pantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu. Mengikut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan "penyawa" wanita yang menentukan kesihatan diri keseluruhan. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang.

Disamping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampung yang mendamping ibu selepas bersalin. Kajian juga mendapati yang beberapa amalan pantang-larang ada kebaikannya. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan dan urut-mengurut.
Pakar-pakar antropologi menerangkan bahawa asas amalan pantang-larang kaum Melayu berlandaskan teori empat elemen berkurun dahulu. Elemen-elemen itu ialah:
  • tanah, yang bersifat kering;
  • api, bersifat panas;
  • udara, sejuk;
  • dan, air, bersifat basah.

Elemen-elemen ini mestilah berada dalam keadaan seimbang pada badan seseorang.
Ilmu perbidanan juga dikatakan satu anugerah Tuhan bagi individu dan keluarga yang terpilih sahaja, dengan tujuan supaya mereka membantu wanita dari semua lapisan masyarakat. Bidan kampung dianugerahkannya bagi membantu wanita desa.

Kini, wanita Melayu di bandar tidak dapat melakukan kesemua pantang-larang sebab tiada keluarga dan masyarakat keliling untuk menyokong seperti kehidupan masyarakat di kampung dahulu. Mengikut tradisi, ibu baru akan dibantu dan ditemani oleh:
  • bidan kampung;
  • pengasuh khusus;
  • emak sendiri atau ibu mertua.
Memang diakui bahawa tanpa orang lain membantu, ia akan sukar untuk mengamalkan pantang dengan lengkap dan sempurna selama 44 hari. Tapi bagi Sara jika ada kemahuan di situ ada jalan. Zaman sekarang ita boleh mengupah orang utk berurut dan menemani kita semasa menjalani sesi berpantang. Cuma berkemampuan atau tidak sahaja. semoga ibu ibu di luar sana di limpahi rezeki oleh Allah taala dan memperolehi kesihatan tubuh badan yang baik. Amin ! Selamat beramal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...