Blog ini telah di lahirkan untuk menjejaki rentetan perjalan kehidupan kami sebagai seorang IBU / EMAK / MAMA / MUMMY / UMIE / BONDA & ABI / ABAH / PAPA / DADDY / WALID / AYAHNDA kepada permata hati kami. Blog ini juga untuk di jadikan kenangan kepada permata hati kami untuk memahami suka duka perit pedih gembira bahagia tatkala membesarkan mereka. Harapan kami agar anda semua sudi berkongsi pengalaman / pendapat / buah fikiran / cadangan dan sebagainya dengan menitipkan sedikit nasihat bernas untuk permata hati kami di ruangan komen. Terima kasih dan semoga hidup anda di rahmati oleh-Nya. BUT AM NOT MOMMIES-TO-BE ! just wanna share the ILMU & Experienced from frens that I know serba sedikit. haha !

Fan Pages : HERNYZAR HELMIZAN

♥ TIPS : 10 cara untuk mengatasi perasaan tertekan dalam kehamilan Vol. 2 ♥

Sambungan dari Vol. 1

6. Bersedia untuk kehidupan berkeluarga
Adalah perkara biasa jika anda mempunyai kebimbangan tentang bagaimana melahirkan bayi akan membawa kesan terhadap hubungan anda dengan suami atau meragukan keupayaan anda sebagai seorang ibu. Keibubapaan ialah sesuatu yang anda akan belajar semasa menjalaninya.


Jika anda ada mempunyai kawan yang mempunyai bayi muda, anda boleh menghabiskan masa dengan mereka untuk mendapatkan tip-tip berguna.


Mungkin anda merasa tertekan tentang kewangan anda, pekerjaan, hubungan suami-isteri atau perumahan? Lihat senarai organisasi dan kumpulan sokongan yang anda boleh hubungi untuk mendapatkan nasihat. Sila lihat seksyen kami tentang menjaga bayi untuk membantu anda bersedia.



7. Strategi berulang-alik ke tempat kerja
Kebanyakan wanita menjalankan kerja sehingga tarikh sebelum melahirkan. Berulang-alik ke tempat kerja boleh menjadi punca utama perasaan tertekan, dan ia menjadi lebih teruk lebih sarat anda mengandung.


Tanya majikan anda jika anda boleh mengelakkan kesesakan jalanraya, mungkin dengan bermula dan selesai lebih awal daripada biasa. Pastikan anda sentiasa berduduk semasa menaiki pengangkutan awam. Jika anda tidak dapat tempat duduk, meminta sesiapa memberi anda tempat duduknya.


Wanita hamil yang menaiki transit aliran ringan atau light rail transit (LRT)Light Rail Transit di Lembah Klang berhak mendapat keutamaan dari segi tempat duduk. Jangan berasa malu. Kebanyakan orang cukup bersedia untuk memberikan kerusi mereka, mereka hanya perlu diingatkan!



8. Hal-hal kewangan
Memang tidak dinafikan, mendapat bayi boleh mengurangkan jumlah kewangan anda. Jika anda bimbang tentang bagaimana anda boleh mampu segala-galanya, buatlah senarai barang-barang yang anda fikir anda perlukan. Tentukan barang-barang yang anda boleh pinjam daripada rakan-rakan atau keluarga.


Anda mungkin tidak akan perlu membeli semua yang ada dalam senarai anda. Beberapa bahan, seperti raga pembawa bayi, hanya boleh digunakan untuk beberapa bulan, jadi bertanya-tanyalah sekiranya ada yang boleh dipinjam. Ada kemungkinan baik barang itu berada dalam keadaan baik sebab pemilik asal hanya menggunakannya untuk dua atau tiga bulan saja! Seksyen kewangan keluarga kami mempunyai banyak idea-idea dan anda boleh berkongsi tip-tip menjimatkan wang di forum BabyCenter.


Pastikan anda mendapatkan hak penuh bagi cuti bersalin dan gaji. Dapatkan maklumat lanjut tentang apa-apa faedah tambahan yang layak diterima dengan menyemak perjanjian kolektif dengan wakil kesatuan pekerja atau kontrak pekerjaan. Dapatkan nasihat daripada pengurus sumber manusia anda.



9. Cuba terapi tambahan
Urutan adalah cara yang hebat untuk mengurangkan perasaan tertekan. Bacalah mengenai teknik-teknik urut untuk bersalin. Anda dan suami boleh mencubanya sekarang. Ini akan merelakskan anda, dan memberikan suami banyak latihan sebelum hari bersalin sebenar! Jika anda menggunakan minyak pati aromaterapi untuk urutan atau rawatan lain, adalah penting untuk memastikan ianya selamat untuk digunakan semasa hamil.


Teknik meditasi dan visualisasi positif boleh membantu. Visualisasi positif adalah di mana anda membayangkan satu gambaran senario yang damai. Cuba visualisasi kebun bunga dan lihat sama ada ia mujarab untuk anda. Pilih satu-satu masa apabila anda tahu anda tidak akan diganggu dan cuba untuk dapatkan masa sekurang-kurangnya 30 minit. Ini benar-benar boleh memanfaatkan anda, dan ia tidak melibatkan kos sesen pun!



10. Layani diri anda dengan baik
Ketawa adalah salah satu cara terbaik untuk merelakskan badan. Jadi, berjumpalah dengan kawan-kawan, tontonlah DVD lucu dengan suami anda, atau pergilah ke pawagam. Jika anda mampu, pergilah bercuti di hujung minggu dan manfaatkanlah sepenuhnya masa yang ada untuk anda bersama-sama.


Kehamilan juga masa yang paling sesuai untuk melayankan diri anda dengan semua rawatan kecantikan yang biasanya anda enggan membelanjakan wang. Jika bonjol perut menjadi terlalu besar untuk anda memotong kuku jari kaki, dapatkan pedikur. Jika anda mahu menjimatkan wang, adakan spa mini di rumah. Berbaik-baiklah dengan diri sendiri. Sesungguhnya anda berhak untuknya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...