Blog ini telah di lahirkan untuk menjejaki rentetan perjalan kehidupan kami sebagai seorang IBU / EMAK / MAMA / MUMMY / UMIE / BONDA & ABI / ABAH / PAPA / DADDY / WALID / AYAHNDA kepada permata hati kami. Blog ini juga untuk di jadikan kenangan kepada permata hati kami untuk memahami suka duka perit pedih gembira bahagia tatkala membesarkan mereka. Harapan kami agar anda semua sudi berkongsi pengalaman / pendapat / buah fikiran / cadangan dan sebagainya dengan menitipkan sedikit nasihat bernas untuk permata hati kami di ruangan komen. Terima kasih dan semoga hidup anda di rahmati oleh-Nya. BUT AM NOT MOMMIES-TO-BE ! just wanna share the ILMU & Experienced from frens that I know serba sedikit. haha !

Fan Pages : HERNYZAR HELMIZAN

♥ TIPS : 10 cara untuk mengatasi perasaan tertekan dalam kehamilan Vol. 1 ♥


Apa yang menyebabkan perasaan tertekan semasa kehamilan?
Adalah perkara biasa untuk berasa tertekan pada masa-masa tertentu semasa hamil. Lagipun, mendapatkan bayi adalah suatu peristiwa yang akan mengubah hidup. Selain daripada tanggungjawab melahirkan orang baru ke dalam dunia, terdapat banyak lagi perkara yang mungkin bermain-main dalam minda anda.

Anda mungkin bimbang tentang kesihatan bayi anda, keputusan skan dan ujian-ujian dan kelahiran itu sendiri. Mungkin perjalanan anda untuk ke tempat kerja memenatkan, atau anda bimbang tentang kewangan dan kos yang terlibat dengan adanya bayi baru. Atau mungkin anda bimbang yang bayi baru anda meletakkan tekanan ke atas hubungan anda suami isteri.

Bagaimana saya boleh membantu diri saya sendiri?
Apa saja yang yang membuat anda berasa tertekan, di sini adalah 10 langkah-langkah positif yang anda boleh ambil:

1. Adakan masa untuk berehat
Ambil masa untuk diri sendiri. Ia satu perkara yang baik untuk anda dan bayi anda, jadi jangan merasa bersalah tentang halnya. Di tempat kerja, carilah tempat untuk meletakkan kaki anda ke atas dan berehatlah semasa waktu rehat makan tengah hari anda. Sebaik sahaja anda di rumah, cuba untuk supaya tidak membuat terlalu banyak kerja-kerja rumah.

Jika anda berasa letih, masuklah tidur lebih awal. Badan anda sudah bekerja keras untuk menyuburkan bayi anda yang sedang membesar dan ini memerlukan seberapa banyak tidur yang boleh diperolehi.

Jika anda sudah seorang ibu, memang agak sukar untuk mencari masa untuk berehat. Adalah idea yang baik untuk meminta suami anda, rakan atau ibubapa untuk menjaga anak anda untuk sesuatu petang, sementara anda mendapatkan masa rehat yang harus diambil.


2. Berbincang tentangnya
Jika anda bimbang tentang sama ada bayi anda sihat, sama ada dia akan dilahirkan dengan selamat, atau sama ada anda mampu memikul tugas keibubapaan, anda tidaklah bersendirian. Anda boleh merujuk kepada doktor anda untuk mendapat jaminan yang bayi anda adalah sihat. Tetapi berbincanglah dengan suami anda juga. Membincangkan kebimbangan anda boleh membuat anda berdua merasa lebih baik.

Jangan lupa bahawa rakan-rakan dan ahli keluarga boleh memberi sokongan yang baik. Anda boleh bertemu dengan bakal-bakal ibu lain yang juga berada di peringkat kehamilan yang sama seperti anda, mungkin di kelas antenatal atau kelas keibubapaan. Ada kemungkinan bahawa sekurang-kurangnya setengah daripada mereka juga mengalami apa yang anda rasakan.

Anda boleh mewujudkan rangkaian sokongan dalam talian sendiri. Mengapa tidak berkongsi kebimbangan anda dengan bakal-bakal ibu di forum komuniti BabyCenter dalam talian untuk bakal-bakal ibu?


3. Makan dengan baik
Pemakanan yang baik adalah baik untuk minda selain badan anda. Diet sihat yang mempunyai banyak asid lemak omega-3, vitamin dan mineral, boleh mengangkat tahap keceriaan anda.

Anggapan ialah bahawa asid amino tryptophan boleh meningkatkan paras bahan kimia melatonin dan serotonin dalam otak kita. Melatonin dan serotonin membantu kita untuk tidur dengan baik dan meningkatkan perasaan kesejahteraan anda. Tryptophan didapati secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan, termasuk kacang dan bijian, yang mudah untuk dibuat makanan ringan.

Anda tidak perlu berketerlaluan dengan diet anda untuk memastikan anda mendapat segala nutrien yang membantu. Sumber nutrien yang baik termasuk ikan berminyak, buah-buahan, kacang, biji, produk tenusu, daging tanpa lemak dan ayam itik, bijirin serta sayur-sayuran.

Perancang hidangan harian kami juga boleh membantu anda mendapatkan nutrien yang anda perlukan pada setiap trimester.


4. Dapatkan senaman
Senaman benar-benar dapat meningkatkan tahap keceriaan anda. Adalah agak selamat untuk bersenam semasa mengandung, selagi aktiviti-aktiviti anda tidak terlalu terlalu kuat. Berenang adalah ideal, sebab ia membuat badan anda kencang, dan ianya tidak terlalu keras bagi sendi anda.

Cuba menyertakan senaman dalam kehidupan seharian anda. Di tempat kerja, bangunlah dan berjalanlah selalu, terutama jika anda terikat kepada kerja pejabat. Keluar sebentar pada waktu makan tengahari untuk mendapatkan udara segar, walaupun ia hanya untuk 10 minit.


5. Bersedia untuk kelahiran
Anda mungkin bimbang tentang bagaimana rasanya sakit hendak bersalin itu. Bagaimanakah anda akan menangani sakit itu? Bagaimanakah suami anda menghadapinya? Ketahui lebih lanjut mengenai apa yang berlaku semasa pelahiran dengan mendaftar bagi kelas antenatal. Dan lihatlah seksyen sakit hendak bersalin dan kelahiran kami.

Jika anda akan menjalani caesarean terancang, bercakaplah dengan pakar obstetrik tentang apa yang akan berlaku pada hari itu. Merangkakan satu pelan kelahiran caesarean boleh membantu anda merasa lebih yakin dan mampu mengawal situasi.

Anda mungkin boleh melawat wad bersalin dan kelahiran di hospital anda terlebih dahulu. Mengetahui apa yang boleh dijangkakan bermula dari tempat di mana anda akan melahirkan bayi boleh menenangkan pemikiran anda. Ia juga akan membantu anda merangka pelan kelahiran anda.

Jika ketakutan melahirkan begitu sukar untuk dikawal sehinggakan anda lebih suka mendapatkan caesarean daripada melalui kelahiran faraj, berbincanglah dengan doktor anda. Dengan sokongan yang sesuai, anda boleh dibantu untuk mengatasi keraguan anda.

STAY TUNE & TO BE CONTINUE...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...