Blog ini telah di lahirkan untuk menjejaki rentetan perjalan kehidupan kami sebagai seorang IBU / EMAK / MAMA / MUMMY / UMIE / BONDA & ABI / ABAH / PAPA / DADDY / WALID / AYAHNDA kepada permata hati kami. Blog ini juga untuk di jadikan kenangan kepada permata hati kami untuk memahami suka duka perit pedih gembira bahagia tatkala membesarkan mereka. Harapan kami agar anda semua sudi berkongsi pengalaman / pendapat / buah fikiran / cadangan dan sebagainya dengan menitipkan sedikit nasihat bernas untuk permata hati kami di ruangan komen. Terima kasih dan semoga hidup anda di rahmati oleh-Nya. BUT AM NOT MOMMIES-TO-BE ! just wanna share the ILMU & Experienced from frens that I know serba sedikit. haha !

Fan Pages : HERNYZAR HELMIZAN

♥ ILMU : Seafood during pregnancy ? ♥

hari tu kita cakap pasal ♥ ILMU : Durian VS Kehamilan ♥ kan ? apakah boleh makan durian yang sedap lagi mengancam itu ketika hamil. so hari ni nak share pasal seafood lak. bonda percaya ramai ibu ibu kat luar sana yang sgt GILAkan seafood. let's check it out !

Kebanyakan ikan dan kerang-kerangan adalah selamat dimakan semasa kehamilan, dengan syarat ia dimasak dengan betul. Beberapa jenis sushi (seperti ketam kukus dan belut yang dimasak) boleh dimakan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk mengelakkan daripada makan semua jenis makanan laut mentah.

Makanan laut segar dan mentah amat berisiko tinggi sebab ia mengandungi parasit seperti cacing pita yang jika menjadi terlalu besar akan merampas nutrien dari badan anda yang diperlukan oleh bayi anda. Membeku dan memasak akan membunuh parasit. Oleh sebab ini, kebanyakan restoran Jepun yang mengkhusus dalam sushi menggunakan ikan yang dibekukan berbanding dengan ikan segar. Anda boleh bertanya pada pihak restoran jika mereka membekukan ikan sebelum menghidangkannya secara mentah. Kebanyakan restoran menyelar sedikit ikan di bahagian luar, kemudian hidangkannya mentah tetapi anda akan lebih selamat jika anda memesannya supaya masak sepenuhnya.

Tiram, kerang, lala dan kerang-kerangan lain perlu dielakkan semasa kehamilan, kecuali ia adalah sebahagian daripada hidangan masakan panas dan dimasak dengan sepenuhnya. Ini adalah sebab, apabila mentah atau separuh masak, jenis-jenis makanan laut ini mungkin dicemari dengan bakteria dan virus berbahaya yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Wanita hamil mudah kena keracunan makanan sebab kehamilan akan merendahkan sistem imuniti. Bakteria and virus selalunya dibunuh dengan cara masak yang sempurna yang membuatkan kerang-kerangan ini selamat dimakan.

Untuk keselamatan makanan laut di rumah, anda perlu masak kebanyakan makanan laut hingga suhu dalaman sebanyak 63 darjah C/145 darjah F selama 15 saat. Jika anda tidak mempunyai termometer, garis panduan yang disenaraikan di bawah akan membantu anda menentukan sama ada makanan laut itu sudah masak sepenuhnya atau tidak.

Bagi ikan: masukkan hujung tajam pisau ke dalam isi dan tarik ke tepi. Bahagian tepi sepatutnya legap dan bahagian tengah sedikit jernih dengan serpihan akan mula terasing.

• Biarkan ikan selama tiga hingga empat minit untuk masak sepenuhnya.

• Udang dan udang galah akan bertukar ke warna merah apabila telah masak; isinya akan menjadi legap dan berkilau. Kekapis akan berwarna putih susu atau legap dan padat. Kerang tidak akan mempunyai darah.

• Bagi lala, kupang dan tiram, perhatikan tempat bukaannya yang menandakan ia sudah masak sepenuhnya. Buangkan semua yang masih tertutup selepas memasak.

• Apabila memasak makanan laut menggunakan ketuhar gelombang mikro, pusingkan hidangan beberapa kali untuk memastikan masak dengan rata. Selepas membiarkan hidangan seketika, periksa makanan laut di beberapa poin dengan termometer untuk melihat sama ada ia telah mencapai suhu yang sepatutnya.

Satu kebimbangan mengenai masakan laut, mentah atau dimasak, ialah pencemaran oleh pencemar persekitaran seperti PCB (poliklorin bifenil) dan dioksina. Disarankan supaya wanita hamil mengelakkan daripada makan terlalu banyak ikan berminyak sebab ia cenderung mengandungi pencemar ini berbanding dengan ikan isi putih. Walau bagaimanapun, anda perlu makan sedikit ikan berminyak sebab ia mengandungi asid lemak omega-3 dan vitamin dan nutrien lain yang baik untuk anda dan bayi anda yang sedang membesar. Hadkan pengambilan ke dua hidangan seminggu. Terdapat banyak pilihan, termasuk ikan-ikan:
salmon

trout
kembung
hering
sardin
pilchards atau sardin jenis besar
salai
belut
teri
tuna segar
bilis
Wanita hamil perlu elak dari makan ikan yu, ikan todak dan ikan mersuji sebab kandungan tinggi merkuri dalam ikan-ikan ini yang boleh membahayakan pembentukan sistem saraf bayi anda. Anda juga perlu menghadkan jumlah tuna yang anda makan sebab ia mengandungi jumlah merkuri yang tinggi secara relatif.

Selamat menjalani proses kehamilan buat ibu ibu tersayang. *hugs*

♥ ILMU : Kitaran Haid ♥

as'salam dan salam sejahtera.
perkongsian berkenaan kitar haid.
just utk tambah ilmu. untuk lebih memahami konsep kehamilan.

mgkn ada pelajar-pelajar yang datang melawat utk mencari informasi.
hehe !

Kitaran haid: maklumat asas
Seorang bayi perempuan yang baru lahir mempunyai sehingga 450,000 telur tersimpan dalam ovarinya. Apabila dia mulai haidnya antara umur kira-kira 10 hingga 14 tahun, satu daripada telur-telur ini akan matang setiap bulan. Telur dibebaskan dari ovari dan ditangkap oleh hujung tiub fallopio yang bercabang-cabang seperti pakis, yang menggerakkan telur hingga sampai ke uterus (rahim) dengan menggunakan gerakan lembut beralun.

Jadual Kitaran Haid

Jika telur disenyawakan oleh sperma dalam perjalanannya, ia akan menanamkan diri sebaik sahaja ia sampai ke rahim dan membesar menjadi bayi dan plasenta.

Jika persenyawaan tidak berlaku, telur akan disimbah keluar, bersama dengan lapisan uterus, apabila anda mendapat haid. (Baca lebih lanjut mengenai bagaimana bayi dibuat.)

Apakah kitaran haid biasa?

Satu kitaran haid purata berlangsung selama 28 hari – itu kiraaan dari hari pertama sesuatu haid itu hingga ke haid berikutnya. Ada wanita yang mempunyai kitaran lebih pendek, mungkin hanya 23 hari, dan ada juga yang lebih lama sehingga 35 hari. Kitaran yang lebih singkat atau lebih panjang daripada ini mungkin tidak normal, dan anda seharusnya berjumpa pakar obstetrik-ginekologi anda. Anda juga perlu berjumpa dengan doktor anda jika berlaku pendarahan semasa antara haid atau selepas melakukan seks.

Bagaimana hormon anda berfungsi
Kitaran haid anda berlaku di bawah kawalan satu senarai hormon yang dikeluarkan di bahagian-bahagian tertentu dalam badan anda:

  • Hormon yang melepaskan gonadotrofin (dikeluarkan dari dalam hipotalamus, yang berada di dalam otak).
  • Hormon yang merangsang folikel (dikeluarkan dari dalam kelenjar pituitari, yang juga berada di dalam otak).
  • Hormon "luteinising" yang mengeluarkan korpora lutea (ianya pula dikeluarkan dari dalam kelenjar pituitari).
  • Oestrogen (yang dikeluarkan dari dalam ovari)
  • Progesteron (juga dihasilkan dalam ovari).

Seluruh proses bermula dalam otak. Hipotalamus mengeluarkan hormon yang melepaskan gonadotrofin (GnRH), yang bergerak ke kelenjar pituitari dan mengisyaratkannya untuk melepaskan hormon perangsang folikel (FSH). FSH dibawa mengelilingi badan oleh aliran darah dan merangsang ovari untuk memulakan proses mematangkan telur. Antara 15 dan 20 sak yang mengandungi telur, yang dipanggil folikel, kemudian mulai matang dalam ovari. Satu folikel (atau dua atau lebih, tetapi ini jarang sekali berlaku,) tumbuh lebih cepat daripada semua yang lain.

FSH juga merangsang ovari untuk mengeluarkan estrogen. Ini menggalakkan telur matang dan mulai untuk menebal lapisan uterus supaya ia bersedia untuk menyokong kehamilan, jika persenyawaan berlaku.

Apabila tahap estrogen meningkat, tahap FSH jatuh buat seketika dan kemudian membangun semula, disertai dengan penambahan besar hormon yang mengeluarkan korpora lutea (luteinising hormone, LH) dari kelenjar pituitari. Iniah hormonnya yang mencetuskan ovulasi, semasa telur yang paling matang pecah keluar dari sak dan menjauhi ovari. Telur itu ditangkap dengan serta-merta oleh cabang-cabang di hujung tiub fallopio.

Biasanya serviks anda (leher uterus anda) mengeluarkan mukus yang tebal dan legap, yang sperma tidak dapat menembusi. Walau bagaimanapun, sejurus sebelum ovulasi, estrogen mengubah mukus sehingga ia menjadi nipis, jernih dan elastik. Ini membolehkan sperma untuk berenang masuk melalui serviks ke dalam uterus sampai ke tiub fallopio di mana persenyawaan mungkin berlaku.


Selepas ovulasi
Dalam ovari, folikel yang kini kosong runtuh dan menjadi korpus luteum. Gumpal sel kuning kecil ini mula mengeluarkan hormon progesteron. Progesteron mengubah mukus dalam serviks supaya sekali lagi, ia tidak dapat ditembusi oleh sperma. Ia juga bertindak ke atas lapisan uterus, membuatnya menjadi tebal dan mampung akibat penambahan bekalan darah, menjadinya sedia untuk menerima telur yang disenyawakan. Ketika tahap progesteron meningkat, payudara anda mungkin berasa regang dan mencucuk-cucuk. Kelenjar pituitari berhenti mengeluarkan FSH supaya tiada telur lagi yang boleh matang dalam ovari anda.

Jika telur disenyawakan di tiub fallopio, ia akan terus bergerak ke uterus, di mana ia menanamkan diri ke dalam lapisannya. Pada peringkat implantasi ini, telur yang disenyawakan itu mengandungi kira-kira 150 sel. Perjalanan dari ovari ke uterus ini mengambil masa kira-kira lima hari. Tahap progesteron anda akan kekal tinggi dan anda boleh mula merasai tanda-tanda awal kehamilan.


Jika persenyawaan tidak berlaku.
Jika telur tidak disenyawakan atau tidak berjaya diimplantasi, ia mula hancur dan korpus luteum mengecut. Tahap estrogen dan progesteron menurun dan lapisan uterus anda mula mengeluarkan prostaglandin. Kimia-kimia ini menyebabkan perubahan dalam bekalan darah ke uterus anda, memecahkan lapisan, dan merangsang rahim untuk kontraksi. Haid anda bermula dan lapisan uterus tanggal bersama-sama dengan telur yang tak disenyawakan, dan kitaran haid anda bermula sekali lagi.

♥ TIPS : 10 cara untuk mengatasi perasaan tertekan dalam kehamilan Vol. 1 ♥


Apa yang menyebabkan perasaan tertekan semasa kehamilan?
Adalah perkara biasa untuk berasa tertekan pada masa-masa tertentu semasa hamil. Lagipun, mendapatkan bayi adalah suatu peristiwa yang akan mengubah hidup. Selain daripada tanggungjawab melahirkan orang baru ke dalam dunia, terdapat banyak lagi perkara yang mungkin bermain-main dalam minda anda.

Anda mungkin bimbang tentang kesihatan bayi anda, keputusan skan dan ujian-ujian dan kelahiran itu sendiri. Mungkin perjalanan anda untuk ke tempat kerja memenatkan, atau anda bimbang tentang kewangan dan kos yang terlibat dengan adanya bayi baru. Atau mungkin anda bimbang yang bayi baru anda meletakkan tekanan ke atas hubungan anda suami isteri.

Bagaimana saya boleh membantu diri saya sendiri?
Apa saja yang yang membuat anda berasa tertekan, di sini adalah 10 langkah-langkah positif yang anda boleh ambil:

1. Adakan masa untuk berehat
Ambil masa untuk diri sendiri. Ia satu perkara yang baik untuk anda dan bayi anda, jadi jangan merasa bersalah tentang halnya. Di tempat kerja, carilah tempat untuk meletakkan kaki anda ke atas dan berehatlah semasa waktu rehat makan tengah hari anda. Sebaik sahaja anda di rumah, cuba untuk supaya tidak membuat terlalu banyak kerja-kerja rumah.

Jika anda berasa letih, masuklah tidur lebih awal. Badan anda sudah bekerja keras untuk menyuburkan bayi anda yang sedang membesar dan ini memerlukan seberapa banyak tidur yang boleh diperolehi.

Jika anda sudah seorang ibu, memang agak sukar untuk mencari masa untuk berehat. Adalah idea yang baik untuk meminta suami anda, rakan atau ibubapa untuk menjaga anak anda untuk sesuatu petang, sementara anda mendapatkan masa rehat yang harus diambil.


2. Berbincang tentangnya
Jika anda bimbang tentang sama ada bayi anda sihat, sama ada dia akan dilahirkan dengan selamat, atau sama ada anda mampu memikul tugas keibubapaan, anda tidaklah bersendirian. Anda boleh merujuk kepada doktor anda untuk mendapat jaminan yang bayi anda adalah sihat. Tetapi berbincanglah dengan suami anda juga. Membincangkan kebimbangan anda boleh membuat anda berdua merasa lebih baik.

Jangan lupa bahawa rakan-rakan dan ahli keluarga boleh memberi sokongan yang baik. Anda boleh bertemu dengan bakal-bakal ibu lain yang juga berada di peringkat kehamilan yang sama seperti anda, mungkin di kelas antenatal atau kelas keibubapaan. Ada kemungkinan bahawa sekurang-kurangnya setengah daripada mereka juga mengalami apa yang anda rasakan.

Anda boleh mewujudkan rangkaian sokongan dalam talian sendiri. Mengapa tidak berkongsi kebimbangan anda dengan bakal-bakal ibu di forum komuniti BabyCenter dalam talian untuk bakal-bakal ibu?


3. Makan dengan baik
Pemakanan yang baik adalah baik untuk minda selain badan anda. Diet sihat yang mempunyai banyak asid lemak omega-3, vitamin dan mineral, boleh mengangkat tahap keceriaan anda.

Anggapan ialah bahawa asid amino tryptophan boleh meningkatkan paras bahan kimia melatonin dan serotonin dalam otak kita. Melatonin dan serotonin membantu kita untuk tidur dengan baik dan meningkatkan perasaan kesejahteraan anda. Tryptophan didapati secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan, termasuk kacang dan bijian, yang mudah untuk dibuat makanan ringan.

Anda tidak perlu berketerlaluan dengan diet anda untuk memastikan anda mendapat segala nutrien yang membantu. Sumber nutrien yang baik termasuk ikan berminyak, buah-buahan, kacang, biji, produk tenusu, daging tanpa lemak dan ayam itik, bijirin serta sayur-sayuran.

Perancang hidangan harian kami juga boleh membantu anda mendapatkan nutrien yang anda perlukan pada setiap trimester.


4. Dapatkan senaman
Senaman benar-benar dapat meningkatkan tahap keceriaan anda. Adalah agak selamat untuk bersenam semasa mengandung, selagi aktiviti-aktiviti anda tidak terlalu terlalu kuat. Berenang adalah ideal, sebab ia membuat badan anda kencang, dan ianya tidak terlalu keras bagi sendi anda.

Cuba menyertakan senaman dalam kehidupan seharian anda. Di tempat kerja, bangunlah dan berjalanlah selalu, terutama jika anda terikat kepada kerja pejabat. Keluar sebentar pada waktu makan tengahari untuk mendapatkan udara segar, walaupun ia hanya untuk 10 minit.


5. Bersedia untuk kelahiran
Anda mungkin bimbang tentang bagaimana rasanya sakit hendak bersalin itu. Bagaimanakah anda akan menangani sakit itu? Bagaimanakah suami anda menghadapinya? Ketahui lebih lanjut mengenai apa yang berlaku semasa pelahiran dengan mendaftar bagi kelas antenatal. Dan lihatlah seksyen sakit hendak bersalin dan kelahiran kami.

Jika anda akan menjalani caesarean terancang, bercakaplah dengan pakar obstetrik tentang apa yang akan berlaku pada hari itu. Merangkakan satu pelan kelahiran caesarean boleh membantu anda merasa lebih yakin dan mampu mengawal situasi.

Anda mungkin boleh melawat wad bersalin dan kelahiran di hospital anda terlebih dahulu. Mengetahui apa yang boleh dijangkakan bermula dari tempat di mana anda akan melahirkan bayi boleh menenangkan pemikiran anda. Ia juga akan membantu anda merangka pelan kelahiran anda.

Jika ketakutan melahirkan begitu sukar untuk dikawal sehinggakan anda lebih suka mendapatkan caesarean daripada melalui kelahiran faraj, berbincanglah dengan doktor anda. Dengan sokongan yang sesuai, anda boleh dibantu untuk mengatasi keraguan anda.

STAY TUNE & TO BE CONTINUE...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...