as'salam dan salam sejahtera.
ibu-ibu semua.
hari ni bonda mahu berkongsi berkenaan urutan kasih sayang.
urutan kasih sayang dari suami ke isteri ke anak.
wah gitukan.
masa nk buat urutan perineal massage ni, digalakkan utk suami membantu.
mengeratkan lagi kemesraan dan kasih sayang antara suami dan isteri.
nak tahu apa itu perineal massage ?
jom baca.
"urutan permukaan faraj sebelum bersalin atau antenatal perineal massage"
Apakah 'perineum"?
Iaitu kawasan di antara faraj dan dubur.
Berapa kerapkah koyakan perineum itu berlaku?
Antara 40-80% dan 2/3 daripadanya memerlukan jahitan.
Bagaimana untuk mengelakkan ianya daripada berlaku?
- Lakukan "Perineal Massage"
- Menggunakan 1 atau 2 jari
- Dilakukan sendiri di rumah, 1-2 kali sehari sebelum 4-6 minggu sebelum tarikh jangka.
Bolehkah suami mendorong?
Sudah tentu!
Adakah apa-apa risiko kepada kandungan?
- Tidak ada.
- Senang dilakukan.
- Tidak menyakitkan.
- Tidak perlu bayaran.
Tatacara mengurut perineum
- Basuh tangan anda dan pastikan kuku sentiasa pendek, tenangkan diri anda ditempat yang selesa dengan cara mencangkung.
- Sapukan pelicin (minyak zaitun). Jangan gunakan minyak bayi, minyak galian atau petroleum jelly.
- Letakkan 1 atau 2 jari anda lebih kurang 1 - 1.5 inci ke dalam faraj. Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga terasa sedikit regangan.
- Tetapkan keadaan tersebut selama 1-2 minit.
- Urutan perlu dilakukan dalam bentuk gerakan 'U' berulangkali.
- Urutan perineum hendaklah dilakukan perlahan-lahan selama 10 minit setiap hari (sekurang-kurangnya 4 kali seminggu). Selepas 1-2 minggu anda akan terasa lebih regangan.
4 comments:
ada jgk dgr psl urutan ni..tp xstat buat lg..thanks sharing :)
info yang sgt berguna.... =)
follow awk ye...=)
yq kongsi nie, boleh cuba...follow blog dr dr blog puan.mila.
Salam kenal
baru tauuu.. tapi mcm seram.hihi
Post a Comment