Blog ini telah di lahirkan untuk menjejaki rentetan perjalan kehidupan kami sebagai seorang IBU / EMAK / MAMA / MUMMY / UMIE / BONDA & ABI / ABAH / PAPA / DADDY / WALID / AYAHNDA kepada permata hati kami. Blog ini juga untuk di jadikan kenangan kepada permata hati kami untuk memahami suka duka perit pedih gembira bahagia tatkala membesarkan mereka. Harapan kami agar anda semua sudi berkongsi pengalaman / pendapat / buah fikiran / cadangan dan sebagainya dengan menitipkan sedikit nasihat bernas untuk permata hati kami di ruangan komen. Terima kasih dan semoga hidup anda di rahmati oleh-Nya. BUT AM NOT MOMMIES-TO-BE ! just wanna share the ILMU & Experienced from frens that I know serba sedikit. haha !

Fan Pages : HERNYZAR HELMIZAN

♥ TIPS : Pantang Larang Semasa Hamil ♥


Tempoh pantang memang suatu jangkamasa yang membosankan. Banyak perkara-perkara yang sebelum ini menjadi kebiasaan terpaksa ditinggalkan dan pada masa yang sama amalan-amalan baru terpaksa diikuti kerana bimbang akan menjadi bentan dan sebagainya.

Karenah sewaktu hamil juga kadangkala boleh mememningkan kepala. Kerap yang berlaku adalah mengidam. Dalam keadaan ini, ahli keluarga yang terdekat akan menjadi "mangsa" dan biasanya si suamilah. Seboleh-bolehnya suami perlu memahami keadaan isteri dan bersedia mendapat apa yang dihajati selagi ia tidak melanggar syariat agama.

Mengidam berlaku kerana perubahan hormon pada awal waktu mengandung., menjadikan selera ibu menurun. Jadi pada ketika ini, ibu akan teringin untuk makan apa yang terlintas dibenaknya. Mengidam juga dikaitkan dengan nafsu. Adakalanya apa yang diidamkan itu bersalahan dengan syariat dan keterlaluan, maka di sini ibu perlu banyak bersabar. Anggaplah ini merupakan ujian Allah s.w.t kepada hambaNya yang akan bergelar seorang ibu. Ibu-ibu perlulah bersabar, jangan terlalu mengikut nafsu.

Tabiat terlalu mengikut hati ini akan memberi kesan kepada anak-anak apabila dilahirkan kelak. Ibu yang sabar dan tabah akan melahirkan zuriat yang tingi jatidirinya. Manakala sikap ibu yang terlalu "memanjakan" diri dikhuatiri kelak anaknya menjadi "spoil".

Dalam membicarakan tentang pantang larang dan adat istiadat sewaktu mengandung ini, terdapat beberapa amalan yang masih dipraktikkan walaupun sudah tidak banyak seperti dahulu. Sebagai contohnya seperti adat melenggang perut untuk mengetahui jantina bayi. Buah kelapa akan diletakkan di atas perut ibu, dan selepas itu kelapa itu dibiarkan jatuh. Sekiranya jatuh ke kiri ibu itu dikatakan akan melahirkan anak lelaki dan sekiranya jatuh ke kanan akan melahirkan anak perempuan.

☆•*¨*•.¸¸ISTERI¸¸.•*¨*•☆
Dalam masyarakat Melayu terdapat beberapa pantang larang yang masih lagi menjadi ikutan. Wanita-wanita hamil dilarang dari melakukan perkara-perkara berikut:
  • Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua da selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.
  • Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.
  • Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
  • Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
  • Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.
  • Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
  • Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
  • Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.
  • Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.

☆•*¨*•.¸¸SUAMI¸¸.•*¨*•☆
Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:
  • Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.
  • Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.
  • Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.

Sejauhmana benar pantang larang ini. Namun apa yang penting di sini ialah sebagai bakal ibu dan ayah, manusia perlu senantiasa menjaga sikap dan tingkah laku, apatah lagi ketika hamil. Hanya kepada Allah s.w.t sahaja tempat hambanya meminta dan memohon agar tiada bala bencana ke atas kita sekeluarga InsyaAllah. Moga di anugerah anak yang comel lagi soleh.

♥ ILMU : Khasiat Susu Badan ♥

As'salam dan Salam Sejahtera para pembaca.
hari ni Sara nak share berkenaan Khasiat Susu Badan.
jom kita lihat apa khasiatnya.

  • Susu ibu lebih mudah dihadamkan.
  • Susu ibu TIDAK mengandungi bahan-bahan kimia.  Susu ibu penuh dgn zat dan nutrisi yang di perlukan oleh bayi. masih ingat dengan kes melamin dalam susu formula di China ? itu cukup membuktikan susu formula tidak selamat sepenuhnya. kita tidak tahu apakah yang di labelkan adalah benar atau tidak. kalau boleh menyusu badan teruskan dengan susuan badan.
  • Susu ibu menjimatkan kos & masa. rata-rata susu formula semuanya berharga puluhan ringgit. mahal ! susu formula memerlukan masa utk di bancuh. membasuh botol susu dan penggunaan yang terhad. setiap masa anak merengek kene bancuh susu. dengan susu ibu TIADA MASALAH ! TIADA KOS TAMBAHAN. susu ibu tersedia di badan x perlu membayar pn. cukuplah dengan DOA / ZIKIR pada Allah taala bersyukur di atas kurniaanNya. menjimatkan masa di mana tatkala anak merengek angkat baju , susu tersedia. mudahkan ?
  • Mengikut kajian  dari Collaborative Group on Hormonal Factors in Breast Cancer (2002) , menyusukan bayi anda mengurangkan risiko terhadap kanser payudara. Oleh itu, mencegah adalah lebih baik dari merawat, kan ? Jadi jangan malas-malas untuk menyusukan bayi anda.
  • Susu ibu mengandungi Imunisasi yang tinggi kepada penyakit dan membantu membina sistem imunisasi dalam badan bayi – 80% dari sel dalam susu ibu adalah macrophages, iaitu sel yang membunuh bakteria, fungus dan virus.  Bayi yang menyusu terlindung dari pneumonia, botulism, bronchitis, staphylococcal infections, jangkitan telinga & German measles (campak).
  • Menyusukan anak juga mengurangkan risiko ibu dari menghidapi kanser ovari.
  • Menyusukan anak membantu mengurangkan berat badan ibu!  Haa.. ibu2-ibu mesti bersorak kegirangan membaca fakta ini. haha. maklumlah, masa mengandung berkilo2 berat di”ternak” dalam badan. Buat pengetahuan pembaca, setiap sesi menyusu membakar 500 kalori sehari!  Itulah sebabnya, ibu-ibu yang menyusu badan lebih cepat kembali ke bentuk badan yang asal daripada ibu-ibu yang memberikan anak mereka susu formula. 
  • Susu ibu amat disyorkan oleh World Health Organization & Unicef!
  • Susu ibu membantu mengeluarkan meconium dari perut bayi – meconium adalah sejenis lendir melekit yang memang sedia ada dalam usus bayi.  Kolastrum @ susu awal ibu, adalah merupakan cecair unik yg boleh mengeluarkan lendir itu dari perut bayi. Subahannallah. betapa hebatnya ciptaan Allah ini.
  • Susu ibu memelihara bayi dari penyakit Crohn – Penyakit ini adalah penyakit yang berkaitan dengan usus.  Penyakit ini sangat kronik.  Ia adalah radang perut yang boleh menyebabkan bengkak pada bahagian dalam usus.  Penyakit ini sangat susah untuk diubati, tapi kajian menunjukkan susu ibu dapat menghalang dari bayi untuk menghidapi penyakit ini.
  • Menyusukan bayi anda dapat mengurangkan risiko menghidapi kanser endometriosis.

ibu-ibu kat luar sana kalau ada lagi informasi berkenaan Khasiat Susu Badan ni, marilah bersama kita berkongsi. boleh tinggalkan nasihar bernas di ruangan komen.
-SELAMAT MENYUSUKAN BAYI ANDA !-

with love,

♥ ILMU : Kurma Untuk Ibu Hamil ♥


KURMA
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: 
"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahaya. Ia merupakan makanan Rasulullah S.A.W & mempunyai byk khasiat. Ibu yang hamil digalakkan memakan buah kurma, bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga elok dimakan sepanjang tempoh berpantang bagi memudahkan proses pengecutan rahim.

Antara kelebihan dan kebaikkan mengamalkan memakan buah kurma:
  • Kaya dengan zat besi - sesuai dimakan oleh wanita yang sdg dtg haid dan mereka yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah)
  • Tidak mengandungi kolestrol
  • Kaya dengan protein (1.8 - 2%), serat (2 - 4%), glukosa (50 - 57%), Vitamin A dan C, sodium dam potassium
  • Potassium penting untuk sistem saraf yang boleh merangsang daya ingatan, meningkatkan nafsu kelamin dan meningkatkan sistem pertahanan badan. Berupaya mencegah dari barah payudara dan rahim.
  • Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa.
  • Boleh diberikan kepada bayi bagi mengurangkan kesakitan
  • Memudahkan proses bersalin dan pengecutan rahim.


Abu Abdillah a.s. bersabda: 
"Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda: 
"Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak di ganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: 
"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".


semoga artikel ini dapat memberi panduan kepada ibu-ibu yang mengandung di luar sana. semoga beroleh anak yang soleh / solehah, sehat dan bijaksana. amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...