Blog ini telah di lahirkan untuk menjejaki rentetan perjalan kehidupan kami sebagai seorang IBU / EMAK / MAMA / MUMMY / UMIE / BONDA & ABI / ABAH / PAPA / DADDY / WALID / AYAHNDA kepada permata hati kami. Blog ini juga untuk di jadikan kenangan kepada permata hati kami untuk memahami suka duka perit pedih gembira bahagia tatkala membesarkan mereka. Harapan kami agar anda semua sudi berkongsi pengalaman / pendapat / buah fikiran / cadangan dan sebagainya dengan menitipkan sedikit nasihat bernas untuk permata hati kami di ruangan komen. Terima kasih dan semoga hidup anda di rahmati oleh-Nya. BUT AM NOT MOMMIES-TO-BE ! just wanna share the ILMU & Experienced from frens that I know serba sedikit. haha !

Fan Pages : HERNYZAR HELMIZAN

♥ TIPS : Diet Ketika Hamil Vol.1 ♥



Kemaskinikan diet anda – walaupun anda sememangnya mengamalkan diet yang sihat.

Oleh sebab kini anda adalah bakal ibu, ia penting untuk mencuba dan menambahkan pengambilan vitamin dan mineral tertentu (seperti asid folik dan zat besi). Anda juga perlu menambahkan sedikit pengambilan kalori anda sepanjang kehamilan anda.

Jika diet anda tidak begitu baik pada mulanya, membuat perubahan diet anda dengan mengambil hidangan yang berkhasiat dan seimbang adalah lebih penting. Hadkan makanan ringan sebab ia hanya membekalkan kalori kosong iaitu kalori dengan sedikit atau tiada nutrien.

Badan anda akan menjadi lebih efisyen apabila anda hamil dan ia dapat menggunakan tenaga yang didapati dari makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Secara amnya, wanita tidak perlu kalori tambahan pada enam bulan pertama kehamilan dan hanya sebanyak 200 kalori tambahan setiap hari untuk tiga bulan terakhir.

Dua ratus kalori bersamaan dengan:
  • dua keping roti gandum penuh dan marjerin/mentega;
  • segulung kuih popia (tidak digoreng);
  • tosai kosong (tanpa kuah atau kari);
  • sekeping keju dengan roti.

Selera makan anda adalah petunjuk terbaik untuk mengetahui berapa banyak makanan yang anda perlu ambil. Anda akan dapati selera anda turun naik semasa kehamilan anda:
  • Pada beberapa minggu pertama, selera makan anda akan berkurangan secara dramatik dan anda tidak mahu makan hidangan penuh, terutamanya jika anda mengalami loya atau mabuk.
  • Semasa pertengahan kehamilan anda, selera makan anda adalah sama dengan sebelum anda hamil atau bertambah sedikit.
  • Pada waktu akhir kehamilan, selera makan anda akan bertambah tetapi jika anda mengalami pedih hulu hati atau satu perasaan kekenyangan selepas makan anda mungkin boleh makan dengan kerap tetapi dengan jumlah sedikit.
Perkara yang perlu diingat ialah makan apabila anda berasa lapar. Jangan risau mengenai perubahan selera makan anda asalkan anda mengikuti nasihat yang diberikan mengenai jenis makanan yang perlu anda ambil dan berat badan anda bertambah pada kadar yang betul, yang akan diawasi oleh pakar obstretik anda.

Makanlah ikan-ikan yang sesuai
Pakar-pakar secara amnya mencadangkan wanita hamil dan kanak-kanak di bawah 16 tahun supaya tidak makan ikan jerung, ikan todak atau mersuji kerana mungkin ia mengandungi tahap merkuri yang tidak selamat. Anda juga perlu elakkan ikan yang memakan di dasar seperti ikan duri kerana mungkin mereka makan bahan pencemar.

Mereka juga menasihatkan wanita hamil dan menyusu, dan mereka yang bercadang untuk hamil, supaya makan tidak lebih daripada empat biji tin tuna bersaiz sederhana atau dua keping stik tuna segar dalam seminggu. Nasihat ini adalah berdasarkan dua biji tin bersaiz sederhana dengan berat bersih 140g setin dan stik tuna segar yang mempunyai berat 40g apabila dimasak atau 170g semasa mentah. Anda juga boleh memilih sardin, ikan bilis dan makerel (selalunya dalam hidangan ikan bakar) kerana ikan-ikan yang lebih kecil ini juga mempunyai kandungan minyak yang tinggi.

Ikan mengandungi protin, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3 yang tidak akan dibekalkan kepada bayi anda jika anda langsung tidak mengambil ikan. Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai faedah ikan untuk pembesaran bayi anda dan bagaimana mendapatkan keseimbangan ikan yang sesuai dalam diet anda.

Sesetengah makanan adalah paling tidak sesuai
Semasa kehamilan, anda perlu elakkan daripada mengambil:
  • Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.

  • Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam laksa itu sebab anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak.

  • Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya – pastikan supnya dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.

  • Keju dengan kulit ari yang putih dan “bercendawan” seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.

  • Pate, daging kurang masak, ayam itik dan telur (masaklah semua daging sehingga tidak terdapat bahagian merah jambu dan masaklah telur sehingga ia keras). Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.

  • Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan sebab mungkin semua itu mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi anda yang sedang membesar.

  • Sesetengah wanita disarankan supaya mengelakkan daripada mengambil kekacang dan makanan yang mengandungi kekacang. Jika anda, suami anda atau mana-mana anak-anak anda yang lain (jika ada) mempunyai sejarah alahan seperti demam alergi, asma atau ekzema, mengelakkan kekacang semasa kehamilan dan penyusuan boleh mengurangkan peluang bayi anda untuk mendapat alahan kekacang yang serius.

  • Ramai wanita memilih untuk mengelakkan atau mengurangkan minuman beralkohol semasa kehamilan. Minum alkohol terlalu banyak akan menyebabkan kecacatan fizikal, kehilangan upaya belajar dan masalah emosi dalam kanak-kanak, jadi ramai pakar mencadangkan supaya anda jangan mengambil alkohol langsung semasa anda hamil.

  • Anda juga mungkin mahu mengurangkan pengambilan kafein. Ini mungkin mudah bagi wanita yang tiada selera dengan kafein semasa trimester pertama mereka tetapi ini tidak bermakna ia berlaku pada semua orang. Kenapa kafein merupakan satu masalah?

Kajian telah menunjukkan kaitan mengambil lebih daripada 300mg kafein dalam satu hari dengan peningkatan risiko keguguran dan berat kelahiran yang rendah dan satu kajian telah menunjukkan kaitan pengambilan kafein dalam tahap rendah dengan keguguran. Untuk keselamatan, anda boleh ambil tidak lebih daripada tiga cawan kopi segera, tiga cawan kopi keras, enam cawan teh atau lapan tin kola sehari. Anda juga mungkin mahu lebih berhati-hati dan mengurangkan lagi pengambilan kafein atau bertukar ke minuman panas dan kola tanpa kafein.

Bersambung / To Be Continued..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...